Latihan Dalam Perkhidmatan
Salah satu pendekatan pembangunan profesional guru yang popular di Malaysia ialah Latihan Dalam perkhidmatan. Sehinggakan timbul kesalahfahaman guru bahawa itulah saja kaedah yang ada dalam pembangunan profesional guru.
Latihan dalaman perkhidmatan guru sering kali dilaksanakan dengan pendekatan satu dimensi, atas-bawah danperistiwa sekali sahaja seperti kursus dan bengkel. Pendekatan tradisional dalam pembangunan profesional tersebut yang dianggap sebagai suatu pakej pengetahuan yang dapat dipindahkan, untuk diagih-agihkan kepada guru-guru dalam cebisan-cebisan kecil telah dikritik sebagai terpisah-pisah, tidak produktif, tidak efisien, tiada kaitan dengan amalan guru, tidak melibatkan guru dan kekurangan tindak susul.
Sebenarnya latihan dalam perkhidmatan dibina berorientasikan model defisit. Dalam model defisit, program yang dirancang berasaskan andaian bahawa guru-guru serba kekurangan dalam pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur merangka latihan yang mereka anggap dapat mengatasi kekurangan guru-guru berkenaan.
Aliran baru dalam pembangunan profesional guru telah berkembang dan dibina berorientasikan model pertumbuhan. Dalam model pertumbuhan, pihak penganjur berandaian bahawa guru-guru sebenarnya mempunyai potensi tertentu yang perlu digilap dan dikembangkan. Oleh itu pihak penganjur bertanggungjawab mengenal pasti secara langsung daripada guru tentang jenis dan kandungan pembangunan profesional yang guru-guru berkenaan perlukan.
Oleh sebab itulah kaedah pembangunan profesional guru berorientasikan model pertumbuhan lebih pelbagai dan tidak terhad dengan kaedah kursus dan bengkel sahaja. Antara kaedah yang digunakan ialah Pembelajaran Arah-kendiri, Kajian Tindakan, Pemerhatian-Penilaian dan yang lain-lain.Persoalannya, kenapakah pembangunan guru di Malaysia terhad dengan kursus dan bengkel sahaja?

www.mybooks.com.my
kenapa guru itu dikata profesional…
Guru yang beban dengan pelbagai karenah pelajar dan tidak mendapat bimbingan daripada guru senior akan menghadapi masalah. Guru senior perlulah sentiasa memberi bimbingan, bersemangat satu pasukan dan komited akan membantu memajukan anak bangsa kita. Dengan pelbagai polisi untuk guru yang tidak telus menyebabkan banyak kekecewaan di kalangan guru.
Menyediakan kursus untuk rakan sejawat sangat sukar kerana sukar cari waktu yang sesuai. Mencari penceramah juga agak sulit.Guru kurang beri perhatian.Hanya yang faham majlis itu majlis ilmu sahaja yang beri respon. Saya rasa kecewa.
pak, saya Ttito khoirul m. mahasiswa SIT Al-Muslihun Cab. Kesamben
Terima kasih kerna mengunjungi blog ini. Harap Blog ini dapat memberi informasi yang bermanfaat..
apa cadangan kursus untuk guru-guru yang kurang mahir ttg pendidikan?
cik de, pertanyaan ini agak umum. Apa yang dimaksudkan dengan “kurang mahir tentang pendidikan”? Dalam konteks perancangan pembangunan profesional, pertanyaan cik de berkait dengan analisis keperluan latihan (training need analysis). Langkah pertama yang penting. Kalau peringkat ini tak jelas, maka tindakan seterusnya juga tidak berfokus. Banyak kaedah analisis keperluan yang cik de boleh cari melalui carian google. Terima kasih
salam…pertanyaan kepada pihak berkenaan…S/U LDP?siapa yg bertanggungjawab mengendalikan program tersebut..guru biasa yang baru dipostingkan atau pun guru lama,ketua bidang ataupun kaunselor..berdasarkan maklumat yg sy perolehi di taklimat mengenai LDP,guru biasa tidak layak untuk memegang tugas S/U ldp ini..hanya ketua bidang dan juga kaunselor sahaja yg layak..mohon balas…
Salam,
Buat cigu….SU LDP selayakya dilatik dikalangan ketua-ketua bidang atau ketua-ketua panitia.Walaubagaimanapun ada sesetengah sekolah memilih/mengekalkan guru kaunseling sebagai SU LDP.
Cigu boleh rujuk Buku Panduan Pengoperasian LDP “School Based” yang ada dibekalkan kepada semua SU LDP.Didalam buku itu agak detail dan mudah difahami.
Pelaksanaan LDP tahun ini menjurus kepada hasil pembacaan buku-buku ilmiah yang digariskan oleh JPN iaitu mengikut kompetensi yang telah ditetapkan.Guru-guru yang terpilih perlu membentangkan sinopsis buku tersebut selama 30 minit.Garis Panduan pelaksanaan kaedah latihan secara pembacaan buku …telah pun dikeluarkan melalui laman web jabatan seperti JPM.So,rujuk GP tersebut untuk melancarkan pelaksanaan LDP.
Namun,peruntukan OS tak ada apa-apa berita lagi…so, GB/Pengetua terpaksa mendapatkan sumber perbelanjaan untuk menampung minum pagi(rehat) guru-guru.
kami tak perlukan ini……..di sekolah bnyak pihak pungurusan yg lupe memberi sokongan kpd guru2…..ye…kami perlukan sokongan……ilmu…..mcm2 dah kat u….sokongan…..dr segi disiplin….kebajikan guru….emosional….dan sebagainye….jom turun ke sekolah2 buat kajian….lihat ape kate guru2…..dulu mase zmn nabi nuh….ank dan isterinye tidak mengikut ajaran beliau…adekah nabi nuh nabi yg gagal…tidak….mrk tidak mendpt hidayah…..dlm pendidikan..saye prcaye….guru2 dah cuba mcm2…..tapi ank2 itu tetap gagal….lihat hati2 mrk….fungsi kluarga dan sebagai…tapi silap tetap di bahu cikgu2….nazir dtg …..itulah ayatnyeee….cikgu tak lah salahkan pelajar…..lame2….kalau kite asyik di tunding jari….sedih…..tuuu….well…ape2 je laaah…..doa saye moge kite semue terus cekal utk jadi guru….w/pun kini….taraf seorg guru…sgt di bwh di mate ramai org……AMIN