Home > School Leaders > Effective School Improvement: What School Leaders Should Do?

Effective School Improvement: What School Leaders Should Do?

October 9th, 2008 amin Leave a comment Go to comments

[slideshare id=645821&doc=effective-school-improvement1-1223525054212921-9&w=425]

Pada 8 Oktober 2008 yang lalu saya telah dijemput oleh Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSM) untuk berkongsi pengetahuan tentang perkembangan kajian penambahbaikan sekolah dalam Persidangan Pengurusan Pendidikan persatuan berkenaan. Persidangan tersebut dihadiri lebih daripada 200 orang pengetua dari seluruh Sabah di Hotel Promenade Kota Kinabalu. 

Slideshare di atas merupakan isi kandungan penting pembentangan yang bertajuk Effective School Leadership: What school leaders should do? Antara perkara penting yang saya sampaikan ialah pada ketika ini sudah ada usaha-usaha konkrit menggabungkan pendekatan School Effectiveness dan School Improvement yang mereka dinamakan sebagai Effective School Improvement. Walau bagaimanapun sebagai pengamal pendidikan sudah pasti implikasi kajian tersebut yang perlu difikirkan. Oleh itu saya mencadangkan 10 prinsip amalan yang boleh dijadikan panduan oleh pemimpin sekolah dalam pengurusan organisasi mereka.

Dalam kesempatan itu juga dua orang rakan saya En Abdul Razak Manaf dan Pn. Rosnarizah Abdul Halim berkongsi maklumat tentang instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPASĀ©) Institut Aminuddin Baki. Instrumen tersebut  dapat membantu pemimpin sekolah merancang pembangunan profesional mereka. 

Terima kasih kepada Presiden PPSM Sabah, En Sani Sahwi dan rakan-rakan pengetua dari Sabah yang menjemput saya dan sudi berkongsi pengetahuan dengan kami.

  

Categories: School Leaders Tags:
  1. Ros Razak Keningau
    October 9th, 2008 at 12:35 | #1

    Hui cepatnya.Kami nak minta pptnya. Anyway, tq.

  1. No trackbacks yet.