Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah di Malaysia
Pada tahun 2007-2008 saya telah mengetuai sepasukan penyelidik Institut Aminuddin Baki untuk mengenal pasti kompetensi berimpak tinggi bagi pemimpin sekolah di Malaysia iaitu pengetua dan guru besar. Kajian tersebut telah didokumentasikan menjadi monograf yang bertajuk Monograf Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah di Malaysia.
Kajian ini boleh dikatakan sebagai satu “landmark study” tentang kompetensi pemimpin sekolah di Malaysia kerana setakat pengetahuan kami tidak pernah kajian sedemikian dilakukan.
Kajian tersebut telah mengenal pasti 26 kompetensi pemimpin sekolah yang dikelompokkan dalam enam domain. Daripada 26 kompetensi tersebut didapati sekurang-kurang sepuluh kompetensi adalah berimpak tinggi yang bermaksud kompetensi itu amat diperlukan oleh pemimpin sekolah dalam pembangunan profesional mereka. Antara kompetensi berimpak tinggi tersebut ialah “Penyelesaian Masalah”, “Membuat Keputusan”, “Mengurus Perubahan” dan “Pengurusan ICT”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kajian berkenaan, Monograf tersebut boleh dimuaturun daripada pautan berikut: http://ifile.it/9c2yosz.

www.mybooks.com.my

Salam, saya cuba download monograf tersebut, tetapi x boleh.Bagaimana saya boleh dapatkannya ye.
Saya dah check link tersebut, masih boleh digunakan. Boleh cuba lagi. File itu agak besar 1.8mb. Kalau berminat dengan hardcopy, monograf itu boleh didapati percuma daripada Institut Aminuddin Baki. Hubungi saya jika ada masalah. Terima kasih.