Terlalu Gelap Di Sana
Pada suatu hari seorang kawan telah melawat Mullah Nasrudin. Beliau melihat Nasrudin merangkak di atas tanah di halaman rumah mencari sesuatu. Nasrudin memberitahu kawannya bahawa dia telah kehilangan duit syiling yang amat berharga. Lalu kawan Nasrudin pun merangkak sama mencari syiling berkenaan.
Selepas mencari di seluruh halaman rumah itu, maka kawan Nasrudin bertanya,”Di manakah tempat sebenarnya syiling itu jatuh?
“Syiling itu hilang di dalam rumah.” jawab Nasrudin, “tapi kita tidak boleh mencarinya di sana, kerana terlalu gelap!”
Di atas merupakan salah satu cerita pengalaman yang melucukan seorang ahli sufi bernama Nasrudin. Lucu tetapi banyak memberikan pengajaran yang tersirat.
Cerita ini mengingatkan kita tentang pengalaman seorang guru yang bertungkus lumus membantu anak muridnya untuk berjaya dalam peperiksaan. Saban tahun guru berkenaan akan menggunakan nota, buku, kaedah dan teknik pengajaran-pembelajaran yang sama untuk kohort pelajar yang berlainan, tetapi mengharapkan pencapaian yang lebih baik.
Apakah guru itu tidak tahu pendekatan itu tidak sesuai dan akan menghasil keputusan yang sama seperti yang lalu? Pastinya guru itu tahu.
Kenapa agaknya, masa silih berganti tetapi kita masih lagi mencari syiling berharga di halaman rumah yang terang benderang sedangkan kita tahu syiling itu hilang di dalam rumah yang gelap?

www.mybooks.com.my

salam dr. amin
soalan saya mungkin agak di luar topik, tapi saya yakin masih ada hubungan…
secara invidualnya(seorang pelajar terhadap dirinya sendiri),kenapa kemorosotan nilai berlaku? menurunnya kualiti kemajuan… ataupun ada satu masa vakum dalam kecemerlangan atau pencapaian? terhenti pada satu masa dan satu titik buat tempoh masa yang lama. (tiada achievement)
sedang dia bukanlah dari latar sejarah yang teruk …maksudnya, dahulunya sentiasa sahaja ada peningkatan2 atau pencapaian2 kendiri. baik secara formal ataupun tidak formal
seolah-olah statik dan boleh jadi merosot
kalau merujuk kepada di atas (posting dari dr.), lebih kepada kegagalan guru menilai potensi pelajar… bagaimana pun dengan pelajar terhadap keadaan nya sendiri…
kenapa ini berlaku?
harap dapat perhatian dr.
sekian dan demikian
terima kasih
Sd. Muhammad Affiq,
Saya tidak dapat memberikan sd. jawapan komprehensif kerana persoalan sd nampak mudah tetapi sebenarnya kompleks. Bagaimanapun saya bercadang memberikan sd. direction atau clue untuk meneroka persoalan tersebut.
1. Bila kita berbincang soal nilai, sebenar ia tidak terlepas dari membincangkan sistem nilai. Maksudnya apa sahaja nilai yang diamalkan oleh seseorang itu pasti ada konteksnya – budaya atau latarbelakang pengamal tersebut. Umpamanya kita sebagai muslim tentu sahaja sistem nilai amalan kita berdasarkan worldview Islam dan dikuti oleh budaya kita, budaya melayu umpamanya.
Kenapa sistem nilai penting? Kerana sistem nilailah yang memberikan akar penjelasan makna nilai tersebut. Kedua, dari segi operasinya tidak semua nilai-nilai murni itu sama wajaran dan kepentingannya. Sebagai contoh, dalam konteks tertentu ada kalanya nilai jujur itu lebih praktikal daripada nilai berani, walaupun kedua-duanya adalah nilai murni. Maka disinilah peranan sistem nilai menentukan nilai mana yang perlu didahulukan.
2. Nilai-nilai murni itu ada kategorinya. menurut Rokeach (sd. boleh cari di internet) nilai itu ada 2 kategori, Nilai Terminal (nilai akhir yang ingin dicapai oleh seseorang) seperti nilai bahagia, aman dsb dan Nilai Instrumental (nilai alat yang digunakan untuk mencapai nilai terminal) seperti nilai jujur, rajin, cekal dan sebagainya.
Yang menariknya Imam Ghazali telah membahagikan Nilai terminal itu kepada dua iaitu Nilai Rabanniyah (seperti Iman dll) dan Nilai insaniyah (Perpaduan dll.)
3. Dari segi amalan nilai-nilai murni, Imam Ghazali telah banyak membincangkannya dan saya pasti sd. telah membacanya. Tetapi saya hendak berkongsi dengan sd. tentang kajian praktikal yang dibuat oleh Chris Arygris. Kajian ini walaupun dalam konteks budaya organisasi tetapi relevan juga dalam konteks individu. Arygris memperkenalkan Theories of Action yang membezakan antara Espoused Theory (yang diungkapkan kata-kata) dan Theory In Use ( yang tersirat dalam belief dan worldview sesorang). Beliau mencadang double loop learning untuk mengatasinya.
Harap penerangan ini dapat membantu sd untuk terus meneroka. Terima kasih
salam dr.amin
terima kasih banyak2.. sangat terkesan, terutama inti kedua(membuat saya tersentak sejenak)..
walaupun yang lainnya sangat membantu.. cuma saya kurang faham dengan yang ketiga
persoalan ini terlahir dari diri saya sendiri, yang saya alami 2,3 tahun kebelakang, sejak saya tamat persekolahan menengah.terutama achievement dalam akademik. saya ada membaca beberapa buku motivasi, tetapi tidak menghasilkan aksi yang sewajarmya.
moga ini dapat membuka jalan saya
sekali lagi terima kasih
salam dr. amin…
saya suka citer tu dan pengajarannya…salah satu sebab saya keluar dari menjadi seorang guru kerana apabila kita buat sesuatu yan berbeza, kita dianggap orang paling “pelik” di kalangan rakan guru yang lain….sedangkan kelainan yang positif itu amat membina…
anyway i will keep on reading ur web….
Terima kasih Aryati kerana menjadi folllower blog saya. Saya agak sedih sedikit kerana Aryati tidak terus menjadi guru kerana pengalaman pahit tersebut. Saya pasti jika Aryati bertahan tentu Aryati akan menjadi guru cemerlang dan memberi sumbangan bermakna kepada dunia pendidikan di Malaysia. Hope you happy with what ever you do right now.
saya tetap seorang guru sehingga hari ini..masih dalam dunia pendidikan cuma tak mengajar sahaja..berharap sangat lebih ramai lagi pembuat kurikulum pendidikan berdiri tegas atas dasar memperjuangkan apa yang sangat-sangat PERLU untuk pendidikan anak-anak Malaysia dan bukan ada rasa “TAKUT” untuk kata tidak….
Tuan,
Saya telah membaca beberapa tulisan tuan….namun saya tertarik dengan artikel tentang pembangunan profesional guru….dalam masa yang sama saya sedang mengumpul bahan untuk proposal disertasi berkenaan program pembangunan profesional ( PP ) di kalangan guru teknikal di smt di mana kurikulum MPAV baru masuk 2 tahun dilaksanakan. Saya telah membaca banyak buku dan rujukan utama saya ialah buku Guskey, Glatthorn dan Ornstein. Namun agak malang kajian dalam negara mengenai PP sukar dicari. Saya mohon jasa baik tuan kiranya tuan dapat memberi sumber rujukan yang boleh dicapai dan diperoleh samada dalam dan luar negara.
Sd. Azhar
Terima kasih kerana melawat blog saya. Tahniah keran berminat membuat penyelidikan dalam pembangunan guru. salah satu tujuan saya membuat blog ini ialah menggalakkan lebih banyak penyelidikan tempat dibuat tentang pembangunan profesional guru.
Saya bercadang akan menyediakan laman khusus panduan penyelidikan pembangunan profesional guru dalam blog ini. insyaAllah.
Saya tidak pasti tentang skop tesis sd. tetapi sebagai permulaan saya mencadangkan saudara membaca bahan mengikut urutan berikut:
1. Handbook tentang pembangunan profesional untuk mendapatkan tema-tema utama kajian dalam bidang berkenaan.
2. Buku-buku pembangunan profesional mereka yang berautoriti dalam bidang berkenaan. (dapatkan dalam senarai rujukan dalam handbook, pasti sd akan bertemu dengan nama-nama yang seringkali dirujuk oleh penyelidikan lain)
3. Journal-journal pembangunan profesional guru dan yang lain-lain jurnal pendidikan untuk mendapatkan kajian mutakhir dalan tema atau tajuk tertentu dalam pembangunan profesioanal guru.
4. Tesis-tesis dalam dan luar negara.
saya cadangkan sebagai permulaan sd baca buku
How to Get a PhD: A Handbook for Students and Their Supervisors by Estelle Phillips and Derek.S. Pugh.
Buku ini baik kerana dapat memberikan panduan kepada penyelidik. Terima kasih
terima kasih di atas respon tuan…
saya akan cuba sedaya upaya mendapatkan bahan-bahan yg tuan senaraikankan itu…
InsyaAllah kita berbicara lagi dilain kali
Wassalam…..