Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan BPSH
Pada 11-13 September 2009 bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, telah berlangsung satu bengkel perancangan strategik yang dinamakan STRAPP BPSH (2010 -2012) iaitu Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bengkel ini adalah yang pertama daripada beberapa siri bengkel yang dirancang, dihadiri oleh semua pengurusan atasan BPSH terdiri daripada Pengarah, Timbalan dan Ketua Sektor. Saya diberi amanah untuk memudahcarakan perbincangan dalam menghasilkan STRAPP BPSH.

Apa yang menarik dalam sesi penghasilan deraf awal STRAPP ialah konsep yang digunakan iaitu menghasilkan dokumen perancangan yang bercirikan Planning is Fun, Planning in Action, dan User-friendly . Dengan itu STRAPP BPSH dapat dijadikan sebagai Communication Tool, Measurement System dan Strategic Management System.
Secara sepintas lalu deraf awal Strategy Map STRAPP BPSH di bawah dan sebahagian slaid yang saya gunakan (lihat My Slideshare Page) dapat memberikan gambaran tersebut.


www.mybooks.com.my
