Reflection on Teaching and Learning
Selepas selesai membaca buku The Back of The Napkin: Solving Problems and Selling Ideas with Pictures oleh Dan Roam, saya teruja untuk membuat refleksi perbandingan perkembangan yang berlaku antara bidang pendidikan dan non-pendidikan. (untuk maklumat lanjut sila lawat laman web buku berkenaan iaitu http://www.thebackofthenapkin.com )
Pada suatu ketika dahulu bidang pendidikan pernah dirujuk sebagai sumber idea-idea baru dan inovasi dalam pengurusan dan kepemimpinan organisasi. Sekarang keadaan menjadi sebaliknya, organisasi pendidikan banyak merujuk organisasi lain, khasnya dalam bidang korporat. Oleh itu tidak hairanlah jika semangat mengurus dan memimpin organisasi pendidikan termasuk sekolah lebih cenderung ke arah pengurusan korporat.
Organisasi pendidikan mempunyai keunikan tersendiri dan adalah tidak wajar mengimport apa sahaja model pengurusan dan kepemimpinan luar secara total. Apatah lagi jika ‘bottom line‘ organisasi pendidikan disejajarkan dengan ‘bottom line‘ organisasi non-pendidikan.
Walau bagaimanapun, terpaksa diakui bahawa perubahan dalam bidang pendidikan amat perlahan dalam memenuhi keperluan dunia sekarang. Ambil sahaja contoh siaran radio. Pada suatu ketika dahulu juruhebah radio terlalu formal dan berbentuk sehala. Tetapi sekarang, persembahan juruhebah radio lebih santai, tidak seragam dan ada komunikasi antara pendengar dan juruhebah.
Bandingkan pula dengan kaedah pengajaran-pembelajaran di bilik darjah dahulu dan sekarang. Agak keterlaluan jika dikatakan tidak ada perubahan, tetapi secara keseluruhannya bolehlah digambarkan sebagai tidak jauh perbezaannya! Agak membosankan dan stereotaip. Inilah cabaran terbesar guru sejak dari dahulu sampai hari ini.

www.mybooks.com.my
salam dr. amin,
setelah membaca artikel ini, teringat kembali saya pada perbualan saya bersama beberapa rakan yang lain sewaktu zaman sekolah dulu.
kami mempersoalkan, kenapa pembelajaran tuition diambil di luar sekolah lebih menarik dan lebih berkesan berbanding di sekolah.
pada ketika itu saya berpendapat, keadaan yang lebih santai (pakaian casual), dan ruang belajar yang baik utk proses pembelajaran, disamping teknik pengajaran lebih simple (teknik “senang ceritanya begini dan begini”) , ini adalah sesuatu yang ada pada pusat2 tuition, tetapi tiada di sekolah.
baru2 ini, kawan saya ke turki, dan mereka menumpang di sebuah sekolah di turki, beliau menceritakan bagaimana kondisi sekolah di sana sangat baik, sangat kondusif, semua bilik darjah berkarpet dan sebagainya.
dan beberapa minggu lalu juga saya ada terbaca di internet (popsci.com) bagaimana sekolah2 di jepun melancarkan program makanan berkhasiat kepada pelajar2 nya, pelajar tidak perlu membawa wang saku ke sekolah kerana sudah di sediakan makanan di sekolah, dan makanan yang disediakan amat berkualiti.
saya rasa di mlaysia, cukup sekadar mempunyai penghawa dingin.
insyaALLAH, peratusan peningkatan akademik akan meningkat secara mendadak.
lol
salam
Salam,Dr. Amin, saya tertarik dengan tulisan Dr. diruang ini walaupun tidak banyak komen komen yg membina oleh pembaca di postkan ( mungkin tidak ramai mengikutinya ).
Bermula dengan Junjungan kita yg menggunakan ranting kayu, AlGhazali dengan teka tekinya…. dan diakhir komen Dr kerap menyatakan masih ramai guru serta pendidik tidak menggunakan media atau lain perkataan ABM sebagai medium untuk mengajar,
Saya telah menjadi guru telah lebih 30 tahun , dan rasa sedih dan sedikit kecewa jika masih ada pemikiran dikalangan pemikir yg masih mahu melabelkan guru atau pendidik begitu rupa,
Saya akui memang ada segelintir kecil yang masih datang lenggang ke bilik darjah, dan tapi
ada banyak lagi guru guru serta pendidik yg masuk ke bilik darjah membawa beg ABM atau laptop ( sekarang ni) mengajar bersungguh untuk memastikan anak didiknya mendapat yg terbaik.Lagi pun mengajar ni kata Dr. satu seni ( art of),Bagi saya setiap guru yg memasuki bilik darjah dengan gaya, cara, aura tersendiri mampu memikat hati murid untuk belajar.Saya mengajar matematik Tahun 6, saya banyak guna talk n chalk, selain memberi latihan yg banyak kepada murid saya…dan yg pasti mereka menggemarinya dengan menghabiskan latihan yg diberi.
Kalu ada kelapangan saya jemput Dr kesekolah saya yg terletak di luar bandar untuk memerhatikan kami mengajar murid kami, Boleh di perhatikan selama 1 minggu persekolahan, lepas itu Dr boleh la buat Tulisan,ataupun jurnal tau pun buku membicarakan gelagat cikgu disekolah kami…..kalau kami ada lakukan kesilapan atau tidak mengajar bersungguh2, teguran membina kami alu alukan, kalau ada yang kami buat boleh di kongsi bersama dengan semua guru guru lain…bolehlah Dr suarakan.
Semua guru amat gembira jika anak muridnya berjaya, malah ada yg menitis air mata melihat anak muridnya melonjak kegembiraan jika keputusan mereka cemerlang
Terima kasih bangdin atas komen tersebut. Saya hargai semangat dan komitmen bangdin dan guru-guru lain yang berusaha memastikan anak-anak didik kita berjaya. Blog ini saya bangunkan untuk menjadi sumber rakan-rakan guru mencari maklumat dan berkongsi pengalaman. Oleh itu tujuan utama saya ialah membantu meningkatkan profesionalisme profesion keguruan.
Bagaimanapun terima kasih sekali lagi kerana mengunjungi blog ini dan memberi komen yang menarik. Berkaitan dengan jemputan lawatan ke sekolah bangdin, no problem, jika saya ada masa dan kesempatan saya berminat nak pergi. Bangdin boleh berikan maklumat lanjut. InsyaAllah saya akan usahakan. Pada saya anak-anak didik kita yang berada di sekolah luar bandar sama ada di Selangor atau di Sabah tetap memerlukan perhatian dan layanan yang sewajarnya.