Home > Teacher > Seni Keguruan

Seni Keguruan

December 19th, 2009 amin Leave a comment Go to comments

Agak lama juga saya merenung dan menaksir di manakah letaknya seni keguruan? Pada saya persoalan ini penting kerana memahami jawapannya akan memandu kita untuk menguasai seni keguruan dengan baik dan bermakna.

Saya lebih cenderung menggunakan istilah seni (the art of . . . ) dan bukan sains (the science of .  .) kerana istilah itu lebih humanistik dan pengguasaannya memerlukan tempoh masa yang relatif lama. Apa sahaja yang melibatkan hubungan kemanusiaan maka hukum sebab-musababnya dapat dijangka tetapi ketepatannya tidak boleh dipastikan seperti hukum sains.

Dimanakah letaknya seni keguruan?

Pada saya seni keguruan itu terletak dalam hubungan seorang guru dengan anak didiknya. Seorang guru yang menguasai seni tersebut bermakna beliau telah menguasai dua perkara:

  • Mengenali dengan baik keunikan setiap orang anak didiknya. Keunikan potensi, gaya pembelajaran, karakter dan latarbelakang keluarga anak didiknya.
  • Berdasarkan keunikan tersebut guru berkenaan dapat mendidik setiap orang anak didiknya menggunakan kaedah yang tepat dan sesuai.

Seorang guru belum boleh dikatakan telah mencapai tahap “grand master” (sifu menurut istilah orang cina) jika sekiranya masih memilih-milih jenis anak-anak didiknya. Nampak kehebatannya jika guru berkenaan diberikan kelas “ada otak”. Sebaliknya jika kelas itu “ada masalah” guru berkenaan pun seolah-olah “kehabisan otak”.

Berat? Sudah tentu berat, sebab itu menjadi guru memerlukan “ramuan kemanusiaan” yang betul dan baik supaya dapat diadun menjadi guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.

Apakah ramuan kemanusiaan itu? Bagaimanakah cara mengadunnya? Marilah sama-sama kita fikirkan.

[updated - 24.12.09]

David Hunt (1970 and 1971) captured this notion in his research on successful educators when he identified that the best of them were able to ‘read’ each student, group of students and learning situation and ‘match’ an appropriate course of action to this reading (diagnosis).

Hunt, D. (1970). A conceptual level matching model for coordinating learner characteristics with educational approaches. Interchange, 1(3), 67-82.

Hunt, D. (1971). Matching Models in Education: The Coordination of Teaching Methods with Student Characteristics. Toronto: OISE Press.

Categories: Teacher Tags:
  1. December 25th, 2009 at 08:20 | #1

    Dr.

    Dimanakah letaknya seni keguruan?

    Saya setuju dengan pandangan Dr. tentang interaksi dengan pelajar…
    Pada saya pula, saya lebih cenderung menyatakan bahawa seni yang perlu ada pada seseorang guru ialah bagaimana ia melakar sebuah dunia yang hendak dijadikannya. Sebagaimana seorang pelukis, ia melakar, ia menconteng, ia mengadaptasi, berimaginasi, menghayati, merasai dan menikmati hasil seninya

    1. Seorang guru harus tahu hala tuju pengajarannya dan ia harus disertai dengan niat yang tulus.
    2. Seorang guru harus tahu potensi pelajarnya dan membawa pelajar tersebut ke jalan tersebut tetapi sekadar membawa sahaja sehingga sepersimpangan tersebut, daripada sini, pelajarlah yang menentukan pemilihan jalan yang harus diterokai olehnya. Jatuh bangun seseorang pelajar, pada masa tersebut guru sekadar melihat dan memberi semangat sahaja.
    3. Seorang guru harus tahu situasi dunia pada masa sekarang dan masa akan datang dengan membuat pentafsiran di setiap perkembangan semasa.
    4. Mengadaptasi semua persekitarannya untuk dikongsi bersama dengan pelajarnya.

    Pada masa sekarang, seringkali dikatakan seorang guru yang ‘sifu’ ialah ia mengajar anak muridnya pada sekian lama pada setiap subjek(minimum 3 tahun), membuat kajian dan melakukan dokumentasi. Pada saya ia masih belum mencapai tahap tersebut sehinggalah ia mempamerkan hasilnya yang mana ia telah menghasilkan manusia yang juga boleh melakari dunia ini.

  2. learningresources
    January 2nd, 2010 at 01:58 | #2

    I’m enjoying everything in this blog!

    Is there a way to read your posts in English?

  3. amin
    January 2nd, 2010 at 10:28 | #3

    Thank you for visiting my blog. Most of my visitors are an educator using Malay language as their medium of instruction. I believe that is the best way to convey my message clearly. But from you suggestion, may be, I should write some of my post in English.

  4. Norihan Azizan
    April 19th, 2010 at 23:11 | #4

    Assalamualaikum Dr.,
    Saya sedang mengendalikan kursus School Based Professional Development di Pulau Pinang mengikut kerangka yang kita bina 2 tahun lalu. Peserta rasa teruja dengan aktiviti yang dilaksanakan. Kalau Dr boleh join sekali lagi bagus.

  5. amin
    April 20th, 2010 at 23:49 | #5

    Terima kasih atas feedback. I know u all can do it far better without me. Semoga terus berjaya membantu rakan-rakan guru kita.

  1. No trackbacks yet.