Gerak Jangkau Sekolah Pedalaman
Salah satu pengalaman berharga saya sebagai seorang pendidik ialah apabila dapat menjejak kaki ke sekolah-sekolah yang berada di tengah hutan negeri Sabah. Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa guru-guru yang berdedikasi sentiasa berada di mana-mana. Mereka sentiasa menjadi wira yang tidak diraikan dalam dunia pendidikan. Justeru pengalaman tersebut menguatkan lagi tekad saya untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.
Salah seorang Guru Besar (SK Salarom) yang saya temui pada ketika itu ialah En. Anthony Amin. Beliau mempunyai dedikasi dan kecekalan yang tinggi. Berdasarkan semangat dan sikap itulah juga beliau telah dianugerahkan ijazah sarjana muda pendidikan melalui Program Pensiswazahan Guru Besar oleh Universiti Malaysia Sabah. Program ini diuruskan oleh Institut Aminuddin Baki.
Klip video di bawah adalah sebahagian daripada rakaman pengalaman tersebut.

www.mybooks.com.my
