Home > Book Review, Professional Learning > Powerful Professional Development: Building Expertise Within the Four Walls of Your School

Powerful Professional Development: Building Expertise Within the Four Walls of Your School

November 24th, 2010 amin Leave a comment Go to comments

Kepada mereka yang berusaha untuk menyuburkan pembangunan profesional guru berasaskan sekolah maka buku ini perlu menjadi rujukan. Kenapa?

the most powerful learning is that which occurs in respone to challenges currently being faced by learner and allows for immediate application, experimentation, and adaptation on the job” (Sparks & Hirsh, 1997)

Buku ini berorientasikan “how-to” yang memberi fokus kepada “job-embedded learning” berdasarkan kajian dan pengalaman pengamal. Ada tiga bahagian utama isi kandungannya.

  • Pertama – memberikan asas program dan aktiviti pembangunan profesional sekolah yang berkesan. (3 bab).
  • Kedua – secara lebih khusus, buku ini memperkenalkan beberapa strategi “job-embedded professional development“. antaranya, Book Studies, Research-in-Action, Coversation Tools, Lesson Study, Teacher Inquiry, Coaching dan Professional Learning Communities. (7 bab)
  • Ketiga – mencadangkan penggunaan secara efektif toolbox pembangunan professional berdasarkan keserasian antara strategi dan keperluan pembangunan profesional. (2 bab)

Petikan di bawah digunakan oleh penulis buku ini untuk mewajarkan kenapa pembangunan profesional guru perlu menjadi agenda utama.

No single principle of school reform is more valid or durable than the maxim that student learning depends first, last and always on the quality of the teachers. Experts may disagree about how highly to value the size of a class or school, how the system functions, or whether it is adequately funded – but nobody’s list of education’s priorities fails to place teacher quality at or very near the top.” (The Report of the Task Force on Teacher Leadership, 2001)

Categories: Book Review, Professional Learning Tags:
  1. alias musa
    November 26th, 2010 at 23:46 | #1

    salam, di mana boleh saya dapatkan buku ini.

  2. amin
    November 29th, 2010 at 22:46 | #2

    Saya beli melalui amazon.com. Ada dua buku lagi sedang saya baca 1. Models of Professional Development oleh Joyce & Calhoun 2. Transforming Professional Development into Student Resluts oleh Douglas B. Reeves.

  3. alias musa
    November 30th, 2010 at 14:33 | #3

    terima kasih atas info doktor. namun saya masih memerlukan bantuan dari doktor tentang perkembangan profesional guru dengan lebih mendalam. harap Dr. tidak keberatan membantu saya. sebenarnya saya sedang belajar dan cuba menyiapkan proposal untuk tesis saya. terima kasih Dr.

  4. amin
    December 3rd, 2010 at 20:35 | #4

    Kalau sd boleh lebih spesifik lebih baik, bidang dan tajuk yang saudara kaji. Saya cuba bantu setakat yang saya mampu. tk

  5. alias musa
    December 4th, 2010 at 23:17 | #5

    tk dr. sebenarnya saya melihat perkembangan profesionalisme guru dan perkaitan dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. sy perlukan bantuan Dr. untuk bahan lit.rew. berkaitan tajuk tersebut dan suggest buku-buku yang perlu saya baca. terima kasih Dr.

  6. amin
    December 5th, 2010 at 19:44 | #6

    Setakat pengetahuan saya isu sekarang yang sedang mendapat perhatian penyelidik dalam pembangunan profesional ialah impaknya terhadap prestasi pelajar. Pemb. prof. yang berkaitan dengan P&P sedang mula diterima kecuali ada perspektif lain yang baru.

    Saya cadangkan sd. mulakan dengan mendapat gambaran besar bidang pembangunan profesionalisme guru sebelum memfokus kepada tajuk-tajuk tertentu. Urutan bahan berikut saya cadangkan:

    1. Buku-buku yang berkaitan dengan Pemb. Prof. guru ( buku dapat berikan gambaran umum tentang bidang tersebut)

    2. Handbook dapat berikan bidang utama kajian dalam pemb. prof. dan cadaangan kajian lanjut yang diperlukan.

    3. Jurnal dapat berikan status terkini kajian-kajian yang dibuat dalam isu-isu mutakhir dalam pemb. prof.

    Tk. harap dapat membantu

  7. alias musa
    December 8th, 2010 at 22:58 | #7

    Aljamdulillah..terima kasih Dr. atas panduan yang diberikan. setakat ni sy dah buat pesanan buku yang Dr. suggest hari tu. satu lagi dalam kita mengkaji pembangunan profesional ini apakah kerangka konseptual atau teori yg boleh digunapakai dlm kajian kite.

    Tk. atas bantuan Dr. hanya Allah yang membalas jasa baik Dr.

  1. No trackbacks yet.