Edublogs

Sekitar tahun 1992 saya telah membaca sebuah buku bertajuk The Learning Gap: Why Our Schools Are Failing and What We Can Learn from Japanese and Chinese Education oleh Harold W. Stevenson dan James W. Stigler. Buku tersebut adalah hasil kajian perbandingan pencapaian matematik dan sains murid-murid sekolah rendah di China, Jepun dan Amerika. Hasil kajian mendapati prestasi murid-murid China dan Jepun jauh mengatasi murid-murid Amerika.
Salah satu rumusan yang menarik minat saya ialah peranan faktor budaya dalam mempengaruhi prestasi murid-murid berkenaan. Ibu bapa dan guru-guru Asia, Jepun dan China mempunyai kepercayaan atau andaian asas yang berbeza dengan rakan-rakan mereka di Amerika. Mereka percaya kejayaan anak-anak mereka bergantung kepada effort – usaha yang mereka curahkan. Sebaliknya di Amerika, mereka percaya kejayaan seseorang itu bergantung kepada ability – keupayaan yang mereka miliki.

Umpamanya, kepada ibu bapa dan guru-guru di China dan Jepun, apabila murid-murid itu memperolehi markah sekadar 60% dalam matematik, bukan kerana murid berkenaan tidak mempunyai keupayaan dalam matematik tetapi kerana usaha yang dicurahkannya tidak cukup untuk dia mencapai markah 90%. Implikasinya, banyakkan lagi latihan matematik!
Pada minggu lalu pula saya telah membaca buku yang bertajuk The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for Improving Education in the Classroom oleh James W. Stigler dan James Hiebert. Buku ini juga adalah hasil kajian perbandingan. Tetapi fokusnya kali ini ialah bagaimana guru-guru mengajar matematik di tiga buah negara yang pencapaian matematik pelajarnya berbeza (berdasarkan TIMSS – Third International Mathematics and Science Studies). Secara urutan, negara yang pencapaian matematiknya tinggi ialah Jepun, kedua Jerman dan ketiga Amerika.
Berdasarkan rakaman video guru-guru yang mengajar di ketiga-tiga buah negara tersebut. Penyelidik telah membuat beberapa rumusan menarik. Secara umum mereka menggambarkan perbezaan cara mengajar guru di negara berkenaan berdasarkan motto berikut:
1. A good motto for German teaching would be “developing advanced procedures”.
2. An appropriate motto for Japanese teaching would be “structured problem solving”.
3. In the United States, the motto is “learning terms and practicing procedures”.
Dan sekali lagi yang menarik perhatian saya ialah salah satu rumusan mereka yang menyatakan bahawa perbezaan imej pengajaran guru di tiga buah negara itu kerana “Teaching is a Cultural Activity”. Menurut mereka lagi,
Cultural activities, such as teaching, are not invented full-blown but rather evolve over long periods of time in ways that are consistent with the stable web of beliefs and assumptions that are part of the culture. The scripts for teaching in each country appear to rest on a relatively small and tacit set of core beliefs about the nature of the subject, about how students learn, and about the role that a teacher should play ini the classroom.
Seterusnya mereka menekankan,
Cultural activities are highly stable over time, and they are not easily changed. This is true for two reasons. First, cultural activities are systems, and systems – especially complex ones, such as teaching – can be very difficult to change. The second reason is that cultural activities are embedded in a wider culture, often in ways not readily apparent to members of the culture. If we want to improve teaching, both its systemic and its cultural aspects must be recognized and addressed.
Kalau begitulah implikasinya maka rumusan ini serba sedikit dapat menjawab kemuskilan dalam tulisan saya sebelum ini yang bertajuk Terlalu Gelap di Sana.
Pada 11-13 September 2009 bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, telah berlangsung satu bengkel perancangan strategik yang dinamakan STRAPP BPSH (2010 -2012) iaitu Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bengkel ini adalah yang pertama daripada beberapa siri bengkel yang dirancang, dihadiri oleh semua pengurusan atasan BPSH terdiri daripada Pengarah, Timbalan dan Ketua Sektor. Saya diberi amanah untuk memudahcarakan perbincangan dalam menghasilkan STRAPP BPSH.

Apa yang menarik dalam sesi penghasilan deraf awal STRAPP ialah konsep yang digunakan iaitu menghasilkan dokumen perancangan yang bercirikan Planning is Fun, Planning in Action, dan User-friendly . Dengan itu STRAPP BPSH dapat dijadikan sebagai Communication Tool, Measurement System dan Strategic Management System.
Secara sepintas lalu deraf awal Strategy Map STRAPP BPSH di bawah dan sebahagian slaid yang saya gunakan (lihat My Slideshare Page) dapat memberikan gambaran tersebut.


Pada 28 Ogos 2009 yang lalu satu ceramah oleh Sir Michael Barber bertajuk The Building Block of World Class Education telah disampaikan kepada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia di Dewan Serbaguna KPM, Blok E12, Putrajaya.
Sir Michael Barber pernah menjadi Chief Adviser on Delivery kepada mantan perdana menteri Britain, Tony Blair, sebelum menyertai McKinsey Group. Ceramah yang beliau sampaikan adalah berdasarkan McKinsey Report dan isi penting ceramah tersebut seperti yang tertera di atas. Laporan penuh McKinsey Report boleh dimuat turun daripada Resources page laman web ini.
Pada suatu hari seorang kawan telah melawat Mullah Nasrudin. Beliau melihat Nasrudin merangkak di atas tanah di halaman rumah mencari sesuatu. Nasrudin memberitahu kawannya bahawa dia telah kehilangan duit syiling yang amat berharga. Lalu kawan Nasrudin pun merangkak sama mencari syiling berkenaan.
Selepas mencari di seluruh halaman rumah itu, maka kawan Nasrudin bertanya,”Di manakah tempat sebenarnya syiling itu jatuh?
“Syiling itu hilang di dalam rumah.” jawab Nasrudin, “tapi kita tidak boleh mencarinya di sana, kerana terlalu gelap!”
Di atas merupakan salah satu cerita pengalaman yang melucukan seorang ahli sufi bernama Nasrudin. Lucu tetapi banyak memberikan pengajaran yang tersirat.
Cerita ini mengingatkan kita tentang pengalaman seorang guru yang bertungkus lumus membantu anak muridnya untuk berjaya dalam peperiksaan. Saban tahun guru berkenaan akan menggunakan nota, buku, kaedah dan teknik pengajaran-pembelajaran yang sama untuk kohort pelajar yang berlainan, tetapi mengharapkan pencapaian yang lebih baik.
Apakah guru itu tidak tahu pendekatan itu tidak sesuai dan akan menghasil keputusan yang sama seperti yang lalu? Pastinya guru itu tahu.
Kenapa agaknya, masa silih berganti tetapi kita masih lagi mencari syiling berharga di halaman rumah yang terang benderang sedangkan kita tahu syiling itu hilang di dalam rumah yang gelap?

“The graphic is a representation of the NEW verbage associated with the long familiar Bloom’s Taxonomy. Note the change from Nouns to Verbs [e.g., Application to Applying] to describe the different levels of the taxonomy. Note that the top two levels are essentially exchanged from the Old to the New version.” (Schultz, 2005) (Evaluation moved from the top to Evaluating in the second from the top, Synthesis moved from second on top to the top as Creating.) Source: http://www.odu.edu/educ/roverbau/Bloom/blooms_taxonomy.htm
I’m regularly asked: ‘what about the child who is completely “unmotivated”; who just doesn’t want to learn anything?’ My answer is that those children doesn’t exist. There are kids who don’t want to learn particular things, in particular settings, and there are those who don’t find it easy to learn some things in some setting; but the generally lazy child who doesn’t want to learn anything is a myth. What the questioner actually mean is: ‘They don’t want to learn what I want them to learn, when I want them to learn it, in the way I want them to learn it.’
- Guy Claxton (from What’s the Point of Schools?. p.90)
Creative Thinking: Your Edge – Insightory
Posted using ShareThis
Minggu lalu saya mengalami tiga peristiwa yang berbeza tetapi membawa kepada suatu tema persoalan yang cukup berkait: apakah ertinya bersekolah?

Pertama, saya berkesempatan menghadiri bengkel yang bertajuk Status of Education Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development in Southeast Asian Countries, di Commonwealth Avenue, Quezon City, Filipina, pada 30-31 Julai yang lalu. Selain membentang kertaskerja yang bertajuk Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development: Malaysia Country Report, saya dapat berinteraksi dengan peserta-perserta negara China, Vietnam, Myanmar, Timor-Leste, Brunei, Thailand, Filipina dan Thailand.
Kedua, dalam perjalanan balik ke Malaysia saya menonton filem Laskar Pelangi melalui komputer. Filem adaptasi novel karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Cerita kecekalan guru Ibu Muslimah dan Pak Harfan mendidik serta mempertahankan sekolah dan sepuluh orang anak-anak didik mereka yang serba miskin. Sinopsis cerita boleh dibaca daripada pautan berikut:Laskar Pelangi

Ketiga, sepanjang bersidang dan perjalanan pergi-balik saya berkesempatan membaca buku Profesor Guy Claxton bertajuk What’s The Point of School? Buku yang mengkritik kegagalan sistem persekolahan sekarang dan apa sepatutnya yang dilakukan untuk mendidik anak-anak generasi abad ke 21.
Saya ingin merumuskan ketiga-tiga pengalaman itu dengan satu petikan daripada pendidik Harvad, Ron Ritchhart yang juga dipetik oleh Profesor Guy Claxton:
“We’ve come to mistake curricula, textbooks, standards, objectives, and tests as ends in themselves, rather than as means to an end. Where are these standards and objectives taking us? What is the vision they pointing us? . . . Without ideals, we have nothing to aim for. Unlike standards, ideals can’t be tested. But they can do something that standards cannot: they can motivate, inspire and direct our work.”