Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau mengambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur.
Kemudian beliau bertanya, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat sedemikian?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.”
Beliau berkata, “Beginilah Rasulullah s.a.w. lakukan di hadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku ya Rasulullah.”
Sabda Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.”
Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),”Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat” (Surah Hud, Ayat 114)
Riwayat ini menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w. juga menggunakan media fizikal yang dapat membantu memahamkan seseorang dengan konsep-konsep abstrak agar mudah difahami. Justeru, kenapakah kita sebagai pendidik tidak mengikut amalan Rasulullah s.a.w dalam mendidik para sahabatnya?
Antara respons Imam Ghazali terhadap jawapan anak muridnya adalah seperti berikut: Semua jawapan itu benar,
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU.
Tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.
Tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Perhatikan, bagaimana Al-Ghazali menggunakan teknik teka teki untuk menarik perhatian anak murid terhadap perkara yang hendak disampaikan . . .
Agak lama juga saya merenung dan menaksir di manakah letaknya seni keguruan? Pada saya persoalan ini penting kerana memahami jawapannya akan memandu kita untuk menguasai seni keguruan dengan baik dan bermakna.
Saya lebih cenderung menggunakan istilah seni (the art of . . . ) dan bukan sains (the science of . .) kerana istilah itu lebih humanistik dan pengguasaannya memerlukan tempoh masa yang relatif lama. Apa sahaja yang melibatkan hubungan kemanusiaan maka hukum sebab-musababnya dapat dijangka tetapi ketepatannya tidak boleh dipastikan seperti hukum sains.
Dimanakah letaknya seni keguruan?
Pada saya seni keguruan itu terletak dalam hubungan seorang guru dengan anak didiknya. Seorang guru yang menguasai seni tersebut bermakna beliau telah menguasai dua perkara:
Mengenali dengan baik keunikan setiap orang anak didiknya. Keunikan potensi, gaya pembelajaran, karakter dan latarbelakang keluarga anak didiknya.
Berdasarkan keunikan tersebut guru berkenaan dapat mendidik setiap orang anak didiknya menggunakan kaedah yang tepat dan sesuai.
Seorang guru belum boleh dikatakan telah mencapai tahap “grand master” (sifu menurut istilah orang cina) jika sekiranya masih memilih-milih jenis anak-anak didiknya. Nampak kehebatannya jika guru berkenaan diberikan kelas “ada otak”. Sebaliknya jika kelas itu “ada masalah” guru berkenaan pun seolah-olah “kehabisan otak”.
Berat? Sudah tentu berat, sebab itu menjadi guru memerlukan “ramuan kemanusiaan” yang betul dan baik supaya dapat diadun menjadi guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.
Apakah ramuan kemanusiaan itu? Bagaimanakah cara mengadunnya? Marilah sama-sama kita fikirkan.
[updated - 24.12.09]
David Hunt (1970 and 1971) captured this notion in his research on successful educators when he identified that the best of them were able to ‘read’ each student, group of students and learning situation and ‘match’ an appropriate course of action to this reading (diagnosis).
Hunt, D. (1970). A conceptual level matching model for coordinating learner characteristics with educational approaches. Interchange, 1(3), 67-82.
Hunt, D. (1971). Matching Models in Education: The Coordination of Teaching Methods with Student Characteristics. Toronto: OISE Press.
Pada 13 Disember 2009 bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya saya telah membentangkan Pelan Strategik IPG dalam Seminar Pendidikan Guru.
Pelan Strategik tersebut memberikan penekanan kepada orientasi pembangunan IPG sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti kerana IPG telah mula melatih dan pada tahun 2011 akan melahirkan graduan pertama melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Dear teachers, watch this video, you will be amazed how digital technology can change our everyday life. Please don’t miss the message. Actually, it is not the about technology. It is about human being trying to raise the quality of human well-being. Once again in human creativity, the sky is the limit!
Selepas selesai membaca buku The Back of The Napkin: Solving Problems and Selling Ideas with Pictures oleh Dan Roam, saya teruja untuk membuat refleksi perbandingan perkembangan yang berlaku antara bidang pendidikan dan non-pendidikan. (untuk maklumat lanjut sila lawat laman web buku berkenaan iaitu http://www.thebackofthenapkin.com )
Pada suatu ketika dahulu bidang pendidikan pernah dirujuk sebagai sumber idea-idea baru dan inovasi dalam pengurusan dan kepemimpinan organisasi. Sekarang keadaan menjadi sebaliknya, organisasi pendidikan banyak merujuk organisasi lain, khasnya dalam bidang korporat. Oleh itu tidak hairanlah jika semangat mengurus dan memimpin organisasi pendidikan termasuk sekolah lebih cenderung ke arah pengurusan korporat.
Organisasi pendidikan mempunyai keunikan tersendiri dan adalah tidak wajar mengimport apa sahaja model pengurusan dan kepemimpinan luar secara total. Apatah lagi jika ‘bottom line‘ organisasi pendidikan disejajarkan dengan ‘bottom line‘ organisasi non-pendidikan.
Walau bagaimanapun, terpaksa diakui bahawa perubahan dalam bidang pendidikan amat perlahan dalam memenuhi keperluan dunia sekarang. Ambil sahaja contoh siaran radio. Pada suatu ketika dahulu juruhebah radio terlalu formal dan berbentuk sehala. Tetapi sekarang, persembahan juruhebah radio lebih santai, tidak seragam dan ada komunikasi antara pendengar dan juruhebah.
Bandingkan pula dengan kaedah pengajaran-pembelajaran di bilik darjah dahulu dan sekarang. Agak keterlaluan jika dikatakan tidak ada perubahan, tetapi secara keseluruhannya bolehlah digambarkan sebagai tidak jauh perbezaannya! Agak membosankan dan stereotaip. Inilah cabaran terbesar guru sejak dari dahulu sampai hari ini.
Salah seorang penulis yang banyak mempengaruhi cara berfikir saya ialah Edward De Bono – The master of creative thinking. Agak lama juga saya tidak membaca buku beliau sehinggalah saya membeli dan membaca Think! Before It’s to Late.
Tema perbincangan beliau masih sama. Cuma saya dapat mengesan pendekatan beliau dalam buku ini lebih lembut apabila mengkritik pemikiran kritikal. Beliau menegaskan bahawa cara berfikir kritikal yang diwarisi daripada Socretas, Aristotle dan Plato sejak 2400 tahun lalu yang berasaskan lojik tidak mencukupi meskipun cara berfikir itu telah menyumbang kepada tamadun manusia dengan cemerlang. Cara berfikir baru diperlukan.
Berdasarkan prinsip self organizing mechanism otak manusia, beliau mencadangkan lateral thinking sebagai kaedah berfikir yang dapat mengisi kekurangan yang terdapat dalam logical thinking. Menurut beliau;
. . . analysis of information is not enough, because the information can be perceived through the old concepts. There is a real need for a formal and deliberate effort to create new ideas. New ideas do not just evolve over time. The new ideas need to be created.
Selain daripada buku Mechanism of Mind yang menghuraikan asas teori pemikiran lateral, kebanyakan buku-buku beliau bercorak action-oriented dengan mencadangkan alat-alat (tools) berfikir secara lateral. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan alat-alat berfikir seperti Six Hats Thinking, Flowscape dan Direct Attention Thinking Tools, memang meningkatkan produktiviti.
Beliau merumuskan dengan baik apabila membezakan kaedah berfikir logik seperti yang digambarkan dalam kata-kata ahli falsafah Peranchis, Rene Descartes; Cogito, ergo sum – I think therefore I am, dengan kaedah berfikir lateral dengan kata-kata beliau; Ago, ergo erigo – I act, therefore I construct. The emphasis is on action not just on contemplation.