Archive
New Pedagogies For The Digital Age
Apakah ertinya bersekolah?
Minggu lalu saya mengalami tiga peristiwa yang berbeza tetapi membawa kepada suatu tema persoalan yang cukup berkait: apakah ertinya bersekolah?

Pertama, saya berkesempatan menghadiri bengkel yang bertajuk Status of Education Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development in Southeast Asian Countries, di Commonwealth Avenue, Quezon City, Filipina, pada 30-31 Julai yang lalu. Selain membentang kertaskerja yang bertajuk Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development: Malaysia Country Report, saya dapat berinteraksi dengan peserta-perserta negara China, Vietnam, Myanmar, Timor-Leste, Brunei, Thailand, Filipina dan Thailand.
Kedua, dalam perjalanan balik ke Malaysia saya menonton filem Laskar Pelangi melalui komputer. Filem adaptasi novel karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Cerita kecekalan guru Ibu Muslimah dan Pak Harfan mendidik serta mempertahankan sekolah dan sepuluh orang anak-anak didik mereka yang serba miskin. Sinopsis cerita boleh dibaca daripada pautan berikut:Laskar Pelangi

Ketiga, sepanjang bersidang dan perjalanan pergi-balik saya berkesempatan membaca buku Profesor Guy Claxton bertajuk What’s The Point of School? Buku yang mengkritik kegagalan sistem persekolahan sekarang dan apa sepatutnya yang dilakukan untuk mendidik anak-anak generasi abad ke 21.
Saya ingin merumuskan ketiga-tiga pengalaman itu dengan satu petikan daripada pendidik Harvad, Ron Ritchhart yang juga dipetik oleh Profesor Guy Claxton:
“We’ve come to mistake curricula, textbooks, standards, objectives, and tests as ends in themselves, rather than as means to an end. Where are these standards and objectives taking us? What is the vision they pointing us? . . . Without ideals, we have nothing to aim for. Unlike standards, ideals can’t be tested. But they can do something that standards cannot: they can motivate, inspire and direct our work.”
The Global Achievement Gap
Dalam tempoh percutian saya di Shenzhen, China pada 19 – 24 Disember yang lalu saya berkesempatan membaca buku Prof. Tony Wagner yang bertajuk The Global Achievement Gap. Buku ini mengkritik sistem persekolahan di Amerika yang menurut Wagner lebih menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menghadapi peperiksaan bukan menyediakan mereka untuk memasuki dunia perkerjaan yang semakin mencabar!
Menurutnya lagi dunia pekerjaan kolar putih dan kolar biru ketika ini bukan sahaja semakin banyak di “automated” tetapi juga telah mula di “offshored“. Ini bermaksud pekerjaan tersebut bukan sahaja telah diambil oleh teknologi mikroelektronik (automated) malah boleh diambil alih oleh warga asing yang beroperasi di negara asing tersebut tetapi berkhidmat untuk pelanggan di Amerika (offshored). Justeru, beliau mencadangkan tujuh kemahiran yang memenuhi keperluan dunia pekerjaan yang baru. Kemahiran-kemahiran itu ialah:
- Critical Thinking and Problem Solving
- Collaboration across Network and Leading by Influence
- Agility and Adaptability
- Initiative and Entrepreneurialism
- Effective Oral and Written Communication
- Accessing and Analyzing Information
- Curiosity and Integration
Kritikan Wagner terhadap sistem persekolahan di Amerika itu agak sedikit mengejutkan kerana ia menafikan tanggapan saya bahawa fenomena tersebut iaitu mendidik untuk peperiksaan bukanlah menjadi arus utama dalam sistem mereka. Walau bagaimanapun analisis Wagner wajar diteliti dan dibandingkan dengan suasana di Malaysia.
Saya bersetuju dengan tujuh kompetensi yang diajukan oleh beliau itu perlu menjadi fokus pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Malah saya menganjurkan supaya kompetensi tersebut juga perlu menjadi fokus dan teras dalam pembangunan guru dan kepimpinan sekolah di Malaysia. Pengalaman saya menunjukkan bahawa guru atau pemimpin sekolah yang tidak didedahkan dan memiliki kompetensi yang perlu dimiliki oleh pelajarnya, sering kali gagal menerapkan kompetensi itu terhadap anak didiknya. Tegasnya, kita tidak dapat memberi apa yang kita tidak miliki!

Sehubungan dengan itu pengalaman di Shenzhen bukan sahaja menguatkan analisis dan hujah Wagner dalam buku tersebut tetapi memberikan saya suatu perspektif lain tentang hegemoni China pada masa depan. Perkembangan pesat Shenzhen (yang mereka gelar sebagai sister city of Hongkong) sebagai pusat pengeluar teknologi mikroelektronik akan membolehkan China mendominasi pasaran dunia dalam tempoh sedekad akan datang.
Mungkin pada ketika ini mereka melambakkan dunia dengan barangan yang kualitinya dipertikaikan (seperti mana Jepun pada suatu ketika dahulu melambakkan barangan mereka dengan kualiti “selipar jepun”), tetapi saya berpendapat pada masa ini mereka sedang mempopularkan “China” dalam setiap rumah di dunia sebelum mereka membina identiti barangan yang sebenarnya.
Saya percaya mereka mampu mengalahkan saingan mereka kerana mereka mempunyai “pelanggan” dan “kepakaran”.

www.mybooks.com.my