Archive

Archive for the ‘Educational Leadership’ Category

Educational Leadership & Professional Development

October 24th, 2010 amin No comments

Kajian Kompetensi Pemimpin Sekolah terima Anugerah Jasper

January 29th, 2010 amin 2 comments

Sila rujuk Laman Resources untuk muat-turun Kajian Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah di Malaysia.

Petikan daripada Utusan Online:

CEBU 28 Jan – Institut Aminuddin Baki (IAB) hari ini dipilih sebagai penerima Anugerah Jasper menerusi kajian Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (Kompas) yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik mereka.

Anugerah itu yang diwujudkan sejak 1990 diberikan oleh kerajaan Kanada dengan kerjasama Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMO) kepada penyelidikan berkaitan pendidikan yang dianggap cemerlang.

Kompas dipilih daripada lapan penyertaan penyelidikan lain yang dihantar oleh empat negara iaitu Filipina, Indonesia, Singapura dan Vietnam.

Menurut salah seorang penyelidiknya, Rosnarizah Abdul Halim, 47, KOMPAS merupakan satu sistem atas talian yang dapat memberi maklum balas segera berkenaan kompetensi-kompetensi yang diperlukan oleh pengetua atau guru besar sekolah.

Katanya, ia mengandungi sebanyak 26 kompetensi yang perlu dimiliki oleh pengetua atau guru besar sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah menerusi kecemerlangan pemimpinnya.

“Kompas ini membolehkan pemimpin sekolah merancang pembangunan profesional berterusan mereka dan mengetahui mana-mana bahagian kompetensi yang tidak dimiliki.

“Dari situ, mereka boleh memohon untuk mengikuti kursus kompetensi tersebut secara ‘online’ dengan IAB,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada majlis penyampaian anugerah itu yang diadakan sempena Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45 yang berlangsung di sini.

Menurut Rosnarizah, Kompas yang dibangunkan pada 2007 kini sudah diakses oleh hampir 6,000 pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara.

Pemilihan Kompas sebagai pemenang Anugerah Jasper membolehkan ia menerima hadiah berbentuk tajaan ke Kanada selama lapan hari untuk membentangkan hasil kajian tersebut.

Selain Rosnarizah Abdul Halim, KOMPAS turut dibangunkan oleh Dr. Amin Senin selaku ketua penyelidik, Abdul Razak Manaf dan tujuh penyelidik lain.

Creative Leadership: Creativity in Decision Making

July 19th, 2009 amin 2 comments

Slideshare di bawah merupakan slaid-slaid yang saya gunakan ketika membentangkan kertaskerja Kepimpinan Kreatif; Kreativiti dalam Membuat Keputusan kepada Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah dari seluruh Malaysia dalam Persidangan Badan Perhubungan Kebangsaan Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, pada 14 Julai 2009,  di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan.

Institut Aminuddin Baki: Melangkah ke Hadapan

December 28th, 2008 amin No comments

cover

Buku Institut Aminuddin Baki: Melangkah ke Hadapan (2008) adalah huraian inisiatif menterjemahkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Growth Oriented Training and Development Framework – GOTD) ke dalam bentuk operasional.

GOTD merupakan idea konseptual Dr. Khair Mohamad Yusof yang dicetuskan dan didokumentasikan dalam bentuk kertas kerja pada akhir tahun 2005 iaitu selepas beberapa bulan beliau menjawat jawatan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB). Konsep GOTD telah dibukukan dengan tajuk Latihan Berorientasikan Pertumbuhan Untuk Pemimpin Pendidikan (2007).

Kami bersependapat bahawa idea-idea pelaksanaan itu perlu dikongsikan dan didokumentasikan dalam perspektif menyeluruh model pembangunan pemimpin sekolah. Kami juga berharap pelaksanaan idea-idea pokok dalam buku ini dapat menangani tiga isu utama yang sering diajukan oleh stakeholders IAB. Pertama, kursus-kursus IAB tidak lagi relevan dan tidak memenuhi keperluan pelanggan. Kedua, cycle of training seseorang pemimpin sekolah yang terlalu lama sehingga ada yang melangkaui lebih sepuluh tahun. Dan ketiga, dakwaan andaian yang menyatakan bahawa latihan IAB hanya berkesan sekiranya dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman sebagai pengetua atau guru besar.

Buku ini merumuskan agenda Institut Aminudin Baki: Melangkah Ke Hadapan berdasarkan lapan tindakan berikut :

  1. Menjalankan Kajian Keperluan Latihan & Pembangunan Berasaskan Kompetensi untuk Pemimpin Sekolah.
  2. Menilai semula program IAB sedia ada dan mereka bentuk program-program baru berdasarkan School Leadership Competency (SLC).
  3. Membangunkan Instrumen Profil Pemimpin untuk tujuan latihan dan pembangunan profesional pemimpin sekolah.
  4. Membangunkan dan memantapkan metodologi Latihan & Pembangunan.
  5. Meneroka dan membangunkan model pembangunan organisasi.
  6. Membangunkan mekanisme sokongan profesional kepada pemimpin sekolah.
  7. Membina kerangka latihan dan pembangunan untuk menghasilkan master trainer dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan.
  8. Merangka strategi tindakan ke arah menjadikan IAB sebagai Certification Body of Professional Trainer in Educational Leadership and Management.

Untuk mendapatkan huraian lengkap buku berkenaan, anda boleh muat-turun naskah e-book daripada pautan berikut Institut Aminuddin Baki: Melangkah ke Hadapan (2008).

Categories: Book Review, Educational Leadership Tags:

School Leadership Development

December 14th, 2008 amin No comments

Pada 3 – 5 Desimber 2008 yang lalu saya bersama rakan-rakan dari Institut Aminuddin Baki, Hj. Ramli, Sd. Abd Razak dan Dr Yusof terlibat dalam Program Training of Trainers Jabatan Pelajaran Johor di Tanjung Piai, Johor. 

img_1887

Di bawah adalah slaid powerpoint yang saya gunakan dalam sesi pertama program berkenaan.

[slideshare id=827571&doc=school-leadership-development-1228705466770144-9&w=425]