Archive

Archive for the ‘General’ Category

Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan BPSH

September 18th, 2009 amin No comments

Pada 11-13 September 2009  bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, telah berlangsung satu bengkel perancangan strategik yang dinamakan STRAPP BPSH (2010 -2012) iaitu Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bengkel ini adalah yang pertama daripada beberapa siri bengkel yang dirancang, dihadiri oleh semua pengurusan atasan BPSH terdiri daripada Pengarah, Timbalan dan Ketua Sektor. Saya diberi amanah untuk memudahcarakan perbincangan dalam menghasilkan STRAPP BPSH.

16.9.09 053

Apa yang menarik dalam sesi penghasilan deraf awal STRAPP ialah konsep yang digunakan iaitu menghasilkan dokumen perancangan yang bercirikan Planning is Fun, Planning in Action, dan User-friendly . Dengan itu STRAPP BPSH dapat dijadikan sebagai Communication Tool, Measurement System dan Strategic Management System.

Secara sepintas lalu deraf awal  Strategy Map STRAPP BPSH di bawah dan sebahagian slaid yang saya gunakan (lihat My Slideshare Page) dapat memberikan gambaran tersebut.

Strategy Map PNG

Categories: General, Professional Learning Tags:

Simplistic vs. Simplicity

June 30th, 2009 amin No comments

Simplicity

Source: http://www.presentationzen.com/

Categories: General Tags:

The Art of Storytelling

June 4th, 2009 amin No comments

[slideshare id=1521538&doc=storytelling-090602083000-phpapp01]

Categories: General, Teaching & Learning Tags:

Dewey Questions

May 23rd, 2009 amin No comments

71 years ago, the great American philosopher John Dewey  wrote in his book Education and Experience (1938; p.26):

How many students, for example, were rendered callous to ideas, and how many lost the impetus to learn because of the way which learning was experienced by them? How many of them acquired special skills be means of automated drill so that their power of judgement and capacity to act intelligently in new situations was limited? How many came to associate the learning process with ennui and boredom? How many found what they did learn so foreign to the situations of life outside school as to give them no power of control over the latter? How many came to associate books with dull drudgery, so that they were ‘conditioned’ to all but flashy reading material?

Categories: General, Teaching & Learning Tags:

Ilmu Pengetahuan dan Pengalaman

April 3rd, 2009 amin No comments

photo2Dalam Kursus Kejurulatihan Pengetua Kanan di Institut Aminuddin Baki pada 30 Mac – 3 April 2009, saya telah mengongsikan pandangan saya tentang konsep ilmu dalam konteks kejurulatihan.

Menurut pendapat saya, working definition ilmu dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia dapat dikategorikan kepada dua iaitu ilmu pengetahuan dan ilmu pengalaman.

Apabila seseorang itu memperolehi suatu maklumat yang bermakna kepadanya melalui proses “tahu” sama ada melalui pembacaan atau dimaklumkan oleh orang lain (ceramah, bengkel dll), maka ilmu yang dimilikinya ialah ilmu pengetahuan.

Manakala seseorang yang memperolehi maklumat yang bermakna kepadanya selepas melalui proses mengalami sendiri suatu peristiwa tertentu, maka ilmu yang dimilikinya itu termasuk dalam kategori ilmu pengalaman.

Oleh sebab itulah kualiti ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu bergantung kepada kualiti pengetahuan dan pengalaman yang dimilikinya. Dalam konteks inilah juga saya menyarankan agar seorang jurulatih atau fasilitator itu perlu memanfaatkan pengalaman peserta sebagai sumber pengetahuan kepada peserta lain, dan menggalak peserta berkenaan menilai pengalaman mereka dalam persepktif baru supaya mereka memperoleh makna baru pengalaman mereka.

Saya juga menegaskan bahawa kekayaan pengalaman seseorang itu hanya bermakna kepada orang yang mengalami pengalaman itu. Belum tentu pengalaman tersebut bermakna  kepada orang lain. Oleh sebab itu pengalaman tersebut jika dikongsikan dengan orang lain maka pengalaman itu dapat bertukar menjadi ilmu pengetahuan sekiranya pengalaman itu bermakna kepada orang lain.

Categories: General Tags:

What is Wisdom?

March 24th, 2009 amin No comments

pfeffer-suttonIn their book, Hard Facts, Dangerous Half-Truths and Total Nonsense: Profiting from evidence-based management, Pfeffer and Sutton (2006, p.174) define wisdom is “the ability to act with knowledge, while doubting what you know“.

While I’m agree with the first part of their definition but not the second part. I define wisdom is the ability to act with knowledge, while acknowledge the limitation of what you know.

Categories: General Tags:

Berfikir itu apa?

March 22nd, 2009 amin 1 comment

Apabila kita mengeluh bahawa anak murid sekarang ini malas berfikir, apakah yang kita maksudkan sebenarnya? Apakah kerana anak murid kita “spoon feeding” ataupun kerana kualiti kerja mereka tidak menggambarkan kerja seorang yang berfikir?

Kurikukulum sekolah kita sebenarnya memberikan penekanan dan ruang yang cukup luas untuk memupuk daya fikir anak didik kita. Persoalannya kenapa kemahiran berfikir tidak menjadi ciri menonjol mereka.

Terlepas daripada perbincangan akademik yang pelbagai tentang berfikir, saya ingin berkongsi pengalaman sebagai guru dan trainer dalam pembelajaran orang dewasa tentang aktiviti berfikir .

Menurut pendapat saya berfikir itu sejenis perbuatan seperti makan, minum, berlari dan yang seumpamanya. Perbezaannya, berfikir itu ialah perbuatan yang tidak dapat dilihat. Justeru, di dalam Islam berfikir itu membawa nilai pahala yang cukup besar jika dilakukan dengan cara yang betul dan sesuai maudhuk yang difikir. Oleh kerana berfikir itu perbuatan maka sudah tentu ia suatu kompetensi yang boleh digilap dan ditingkatkan kualitinya.

Aktiviti berfikir itu sebenarnya berasaskan aktiviti aqal mencari jawapan kepada suatu persoalan (tidak semestinya permasalahan). Oleh sebab itulah kualiti berfikir itu bergantung kepada persoalan yang hendak dijawab dan kaedah berfikir untuk menjawab persoalan tersebut.

Implikasinya, seorang itu tidak dapat berfikir jika tidak dimulakan dengan suatu persoalan. Cuba bayangkan, bolehkah anda berfikir tanpa persoalan? Begitu juga dengan kaedah berfikir . Kaedah itu juga banyak. Daripada semudah menjawab persoalan bagaimana mengikat tali kasut sehinggalah kepada kemahiran berfikir saintifik dan persoalan tentang ketuhanan.

Suatu yang menjadi musykil kepada saya ialah;

  • Apakah kita menggalakkan anak didik kita menimbulkan persoalan-persoalan dan mendorong mereka mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut?
  • Bagaimankah caranya kita meningkatkan kualiti persoalan dan jawapan anak didik kita?

Kedua-dua persoalan itu penting kerana itulah aktiviti berfikir yang perlu dipupuk terhadap anak didik kita.

Categories: General, Teaching & Learning Tags:

Testing iPhone

March 14th, 2009 amin No comments

Writting from my iPhone. Uploading photo from iPhone too.

Is it easy and convenience? I think so. Do you?


– Post From My iPhone

Categories: General Tags:

Research and Development that Makes a Difference

January 15th, 2009 amin No comments

dsc014601Pada 14 Januari 09 yang lalu  Dr. Philip Halingger, Chair Professor of Leadership and Change di Hong Kong Institue of Education telah memberikan satu ceramah di Institut Aminuddin Baki bertajuk Research and Development that Makes a Difference.

Saya tertarik dengan contoh-contoh konkrit yang diberikan apabila beliau memberikan penekanan apa yang dimaksudkannya dengan Research & Development (R&D) terutama dalam konteks pendidikan. Menurut beliau misi R & D sepatutnya:

1. Create new knowledge.
2. Adapt global knowledge to the local context.
3. Transform knowledge into tools for learning and doing.
4. Develop knowledgeable learners.

Research and Development Cycle yang beliau sarankan [Problem -->Seek Info --> Share Info --> Create Tools --> Use Tools --> Evaluate --> Share Info --> Problem] sepatutnya dibudayakan dalam sektor pendidikan semua peringkat di Malaysia. Saya percaya melalui saluran ini kita dapat mempercepatkan peningkatan kualiti pendidikan.

Seperkara lagi yang agak mengejutkan saya ialah apabila dalam private discussion dengan Hallinger, beliau memberitahu saya yang dia masih lagi menyimpan transaksi emailnya sejak dua puluh tahun yang lalu!

Slideshare di bawah ialah persembahan powerpoint beliau dalam ceramah tersebut. Untuk mendapatkan kertaskerja beliau yang lain sila lawat website personal beliau - Leadingware yang terdapat dalam Blogroll  di sebelah kanan laman ini.

[slideshare id=918747&doc=r-and-d-ied-21-1232001859873925-3&w=425]

Categories: General, Professional Learning Tags:

Brain Rules for Presenters

October 26th, 2008 amin No comments

[slideshare id=415548&doc=brainrulespzreview-1211213300619507-9&w=425]

Categories: General Tags: