Archive

Archive for the ‘School Leaders’ Category

Kajian Kompetensi Pemimpin Sekolah terima Anugerah Jasper

January 29th, 2010 amin 2 comments

Sila rujuk Laman Resources untuk muat-turun Kajian Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah di Malaysia.

Petikan daripada Utusan Online:

CEBU 28 Jan – Institut Aminuddin Baki (IAB) hari ini dipilih sebagai penerima Anugerah Jasper menerusi kajian Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (Kompas) yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik mereka.

Anugerah itu yang diwujudkan sejak 1990 diberikan oleh kerajaan Kanada dengan kerjasama Majlis Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMO) kepada penyelidikan berkaitan pendidikan yang dianggap cemerlang.

Kompas dipilih daripada lapan penyertaan penyelidikan lain yang dihantar oleh empat negara iaitu Filipina, Indonesia, Singapura dan Vietnam.

Menurut salah seorang penyelidiknya, Rosnarizah Abdul Halim, 47, KOMPAS merupakan satu sistem atas talian yang dapat memberi maklum balas segera berkenaan kompetensi-kompetensi yang diperlukan oleh pengetua atau guru besar sekolah.

Katanya, ia mengandungi sebanyak 26 kompetensi yang perlu dimiliki oleh pengetua atau guru besar sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah menerusi kecemerlangan pemimpinnya.

“Kompas ini membolehkan pemimpin sekolah merancang pembangunan profesional berterusan mereka dan mengetahui mana-mana bahagian kompetensi yang tidak dimiliki.

“Dari situ, mereka boleh memohon untuk mengikuti kursus kompetensi tersebut secara ‘online’ dengan IAB,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada majlis penyampaian anugerah itu yang diadakan sempena Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45 yang berlangsung di sini.

Menurut Rosnarizah, Kompas yang dibangunkan pada 2007 kini sudah diakses oleh hampir 6,000 pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara.

Pemilihan Kompas sebagai pemenang Anugerah Jasper membolehkan ia menerima hadiah berbentuk tajaan ke Kanada selama lapan hari untuk membentangkan hasil kajian tersebut.

Selain Rosnarizah Abdul Halim, KOMPAS turut dibangunkan oleh Dr. Amin Senin selaku ketua penyelidik, Abdul Razak Manaf dan tujuh penyelidik lain.

Gerak Jangkau Sekolah Pedalaman

January 12th, 2010 amin No comments

Salah satu pengalaman berharga saya sebagai seorang pendidik ialah apabila dapat menjejak kaki ke sekolah-sekolah yang berada di tengah hutan negeri Sabah. Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa guru-guru yang berdedikasi sentiasa berada di mana-mana. Mereka sentiasa menjadi wira yang tidak diraikan dalam dunia pendidikan. Justeru pengalaman tersebut menguatkan lagi tekad saya untuk meningkatkan profesionalisme keguruan.

Salah seorang Guru Besar (SK Salarom) yang saya temui pada ketika itu ialah En. Anthony Amin. Beliau mempunyai dedikasi dan kecekalan yang tinggi.  Berdasarkan semangat dan sikap itulah juga beliau telah dianugerahkan ijazah sarjana muda pendidikan melalui Program Pensiswazahan Guru Besar oleh Universiti Malaysia Sabah. Program ini diuruskan oleh Institut Aminuddin Baki.

Klip video di bawah adalah sebahagian daripada rakaman pengalaman tersebut.

Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah di Malaysia

June 14th, 2009 amin 2 comments

MonografPada tahun 2007-2008 saya telah mengetuai sepasukan penyelidik Institut Aminuddin Baki untuk mengenal pasti kompetensi berimpak tinggi bagi pemimpin sekolah di Malaysia iaitu pengetua dan guru besar. Kajian tersebut telah didokumentasikan menjadi monograf yang bertajuk Monograf Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah di Malaysia.

Kajian ini boleh dikatakan sebagai satu “landmark study” tentang kompetensi pemimpin sekolah di Malaysia kerana setakat pengetahuan kami tidak pernah kajian sedemikian dilakukan.

Kajian tersebut telah mengenal pasti 26 kompetensi pemimpin sekolah yang dikelompokkan dalam enam domain. Daripada 26 kompetensi tersebut didapati sekurang-kurang sepuluh kompetensi adalah berimpak tinggi yang bermaksud kompetensi itu amat diperlukan oleh pemimpin sekolah dalam pembangunan profesional mereka. Antara kompetensi berimpak tinggi tersebut ialah “Penyelesaian Masalah”, “Membuat Keputusan”, “Mengurus Perubahan” dan “Pengurusan ICT”.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kajian berkenaan, Monograf tersebut boleh dimuaturun daripada pautan berikut: http://ifile.it/9c2yosz.

Distributed School Leadership

November 8th, 2008 amin No comments

31jejplwn9l_sl500_aa240_Tomorrow’s schools will need new forms of leadership. The old hierarchical models of leadership simply do not fit any longer. We need to develop new leaders at all levels of the system if we are serious about sustaining improvement and change.

This book is about developing young leaders in schools. It argues that we need to generate broad-based distributed leadership within, between and across schools to be certain of lasting change and improvement. Its main aims are to: provide a rationale for more widely distributed forms of leadership in schools offer new ways of thinking about distributed leadership practice provide practical illustrations and examples of distributed leadership give concrete ways of developing lateral leadership capacity within, between and across schools.

The book focuses on the “why, how” and “what” of distributed leadership by offering a practical insight into what it looks like in schools. It argues that our new system leaders are already in schools and that the main challenge is to develop them and maximise their collective capacity to make a difference. The main aims of the book are to:

provide a clear account of more widely distributed leadership.
offer evidence about its positive impact on organizational and individual learning.
give case-study exemplars and practical illustrations of how it works in practice.

The book also considers the leadership of networks and the new forms of partnership schools are engaged in and looks at how lateral capacity is built and the part distributed leadership plays in generating leadership capacity between schools. [Editorial Reviews]

Categories: Book Review, School Leaders Tags:

Effective School Improvement: What School Leaders Should Do?

October 9th, 2008 amin 1 comment

[slideshare id=645821&doc=effective-school-improvement1-1223525054212921-9&w=425]

Pada 8 Oktober 2008 yang lalu saya telah dijemput oleh Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSM) untuk berkongsi pengetahuan tentang perkembangan kajian penambahbaikan sekolah dalam Persidangan Pengurusan Pendidikan persatuan berkenaan. Persidangan tersebut dihadiri lebih daripada 200 orang pengetua dari seluruh Sabah di Hotel Promenade Kota Kinabalu. 

Slideshare di atas merupakan isi kandungan penting pembentangan yang bertajuk Effective School Leadership: What school leaders should do? Antara perkara penting yang saya sampaikan ialah pada ketika ini sudah ada usaha-usaha konkrit menggabungkan pendekatan School Effectiveness dan School Improvement yang mereka dinamakan sebagai Effective School Improvement. Walau bagaimanapun sebagai pengamal pendidikan sudah pasti implikasi kajian tersebut yang perlu difikirkan. Oleh itu saya mencadangkan 10 prinsip amalan yang boleh dijadikan panduan oleh pemimpin sekolah dalam pengurusan organisasi mereka.

Dalam kesempatan itu juga dua orang rakan saya En Abdul Razak Manaf dan Pn. Rosnarizah Abdul Halim berkongsi maklumat tentang instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS©) Institut Aminuddin Baki. Instrumen tersebut  dapat membantu pemimpin sekolah merancang pembangunan profesional mereka. 

Terima kasih kepada Presiden PPSM Sabah, En Sani Sahwi dan rakan-rakan pengetua dari Sabah yang menjemput saya dan sudi berkongsi pengetahuan dengan kami.

  

Categories: School Leaders Tags:

Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah

June 30th, 2008 amin No comments

Slideshare di bawah ini merupakan slaid-slaid Kajian Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah yang dibentangkan dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Ke 15  yang sedang berlangsung di Institut Aminuddin Baki (30 Jun – 2 Julai 2008).

[slideshare id=492703&doc=seminar-nasional-hiti-1214832261783998-8&w=425]

Categories: School Leaders Tags:

The Principal as Staff Developer

June 22nd, 2008 amin No comments

Principals who hope to promote organization development by focusing on the professional growth of staff should consider the following 10 suggestions.

  1. Create consensus on the school you are trying to become.
  2. Identify, promote, and protect shared values.
  3. Monitor the critical elements of the school improvement effort.
  4. Ensure systematic collaboration throughout the school.
  5. Encourage experimentation.
  6. Model a commitment to professional growth.
  7. Provide one-on-one staff development.
  8. Provide staff development programs that are purposeful and research based.
  9. Promote individual and organizational self efficacy.
  10. Stay the course.
For further explanation please read this article 15principalasstaffdeveloper by Richard DuFour and Timothy Berkey.
Categories: School Leaders Tags: