Archive

Archive for the ‘Teacher’ Category

Teacher as Professional Practitioner

June 3rd, 2010 amin No comments

Pada 2 Jun 2010 saya telah berkongsi pendapat dalam Seminar Pendidikan sempena Hari Guru Peringkat Negeri Sabah di Dewan MPOB, Lahad Datu Sabah.

Di bawah ini saya kongsikan slaid yang saya gunakan dalam perkongsian ilmu di seminar tersebut. Anda boleh muat-turun nota edaran yang saya gunakan: “klik di sini”

Categories: Teacher, Thinking Tags:

Selamat Hari Guru

May 16th, 2010 amin No comments

Categories: General, Teacher Tags:

Guru Profesional?

May 1st, 2010 amin No comments

Tulisan di bawah saya petik daripada blog Teropong Minda Dr. Tarapuli (http://dr-tarapuly.blogspot.com/). Ulasan beliau tentang makna profesional cukup menarik untuk difikirkan bersama. . . .

Bagaimana agaknya tafsiran profesional pada anda?. Umum memahami profesional itu digambarkan dengan ciri mahir dalam bidang yang diceburinya, perkhidmatannya mengungguli kualiti tanpa kompromi, jika kita berhasrat menggunakan perkhidmatannya……bersedialah membayar dengan kos yang ‘agak’ tinggi. Hanya sebagai contoh perbincangan, jika kita menggunakan khidmat seorang juru gambar profesional…..tafsiran yang kita fahami adalah kualiti gambarnya, ketepatan masanya dengan janji yang telah dibuat, dan tentu sahaja aspek kos yang juga mencirikan seseorang jurugambar profesional atau tidak, ……sekurang-kurangnya pada kefahaman kita!

Lalu…jika ini perbandingan yang kita buat terhadap medan makna ‘profesional’……tidak mungkinkah bagi profesion lain untuk boleh menjadi profesional?. Ambil sahaja ‘tukang sapu sampah’, ‘tukang membuat perahu’ dan seumpamanya. Pastinya…..mereka juga boleh menjadi profesional. Keyakinan saya adalah, ‘profesional’ ini bukan hak eksklusif kerjaya tetentu. Lalu bagaimana yang dinamakan profesional itu?. Perbincangan dengan sifu dan rakan forum yang lain benar-benar memberi makna baru ‘profesional’ kepada saya.

Satu ciri yang jelas pada seorang ‘profesional’ tidak kiralah apa kerjayanya……adalah seseorang yang mempunyai pengalaman yang agak lama, menekuni dan menceburi bidang tersebut. Erti kata lain, ciri asas seorang profesional ialah mempunyai pengalaman yang agak lama dan luas dalam bidangnya!. Tidak dinamakan profesional seorang ‘cameraman’ yang baru sahaja menceburi bidang ini sungguhpun dia mempunyai kekuatan teori dan alatan yang menjadikan gambarnya menyamai gambar profesional. Bukankah umum membuat tafsiran orang lama itu lebih mahir berbanding orang baru….walau dalam apa-apa aspek sekalipun!.

Tetapi harus juga di ambilkira, pengalaman yang luas dan lama itupun tidak berupaya menanggapi seseorang itu sebagai profesional!. Ha.ha…ilmu dan pengetahuan seseorang dalam bidang yang diceburinya juga harus ada sebagai melengkapi medan makna ‘profesional’. Hakikat bahawa seseorang tidak mungkin akan menjadi profesional juga….jika tidak mempunyai pegetahuan, tidak kiralah sama ada ilmu baru atau teori lama dalam profesionnya!. Apa yang pasti…ilmu pengetahuan yang dimiliki seseorang yang profesional itu tentunya akan menjadikan dirinya sentiasa ‘terkini’ dalam teknologi atau ‘pendekatan baru’ dalam menyudahkan tugasannya. Dapatkah anda bayangkan…..seseorang yang profesional tetapi tidak mengetahui teknologi terbaru dalam ‘industri’ profesionnya!. Tentu sahaja….keadaan ini akan sedikit mencacatkan piawaian profesional yang kita berikan pada orang tersebut.

Lantas, untuk menjadikan diri kita seorang profesional……kita harus memiliki 2 ciri penting iaitu pengalaman dan pengetahuan. Pengalaman itu akan menjadikannya seseorang yang tahu setiap aspek dalam lapangan yang diceburinya. Demikian juga, llmu pengetahuan yang dimiliki bukan sahaja menjadikannya tahu perkembangan dan teknologi terbaru dalam menyudahkan tugasannya, malah ilmu pengetahuan itulah yang menjadikan seseorang itu menginovasikan profesionnya. Inovasi itu nanti akan mencetuskan lonjakkan yang menghampirkan profesional berkenaan kepada penyelesaian atau penyempurnaan tugasnya!.

Dalam bahasa mudah, kombinasi pengalaman dan pengetahuan akan menjadikan seseorang itu profesional sama ada sebagai penjawat awam atau swasta, anggota sesebuah organisasi, ahli keluarga malah sebagai seorang hamba Allah!. Ketiadaan salah satu daripada 2 ciri itu hanya akan menjadikannya seorang yang mahir, dan tidak profesional!. Adakah saya seorang guru profesional, ayah profesional, suami profesional, anak profesional, teman profesional, warganegara profesional………. Kita fikirlah bersama !.

Categories: General, Teacher Tags:

Seni Keguruan

December 19th, 2009 amin 5 comments

Agak lama juga saya merenung dan menaksir di manakah letaknya seni keguruan? Pada saya persoalan ini penting kerana memahami jawapannya akan memandu kita untuk menguasai seni keguruan dengan baik dan bermakna.

Saya lebih cenderung menggunakan istilah seni (the art of . . . ) dan bukan sains (the science of .  .) kerana istilah itu lebih humanistik dan pengguasaannya memerlukan tempoh masa yang relatif lama. Apa sahaja yang melibatkan hubungan kemanusiaan maka hukum sebab-musababnya dapat dijangka tetapi ketepatannya tidak boleh dipastikan seperti hukum sains.

Dimanakah letaknya seni keguruan?

Pada saya seni keguruan itu terletak dalam hubungan seorang guru dengan anak didiknya. Seorang guru yang menguasai seni tersebut bermakna beliau telah menguasai dua perkara:

  • Mengenali dengan baik keunikan setiap orang anak didiknya. Keunikan potensi, gaya pembelajaran, karakter dan latarbelakang keluarga anak didiknya.
  • Berdasarkan keunikan tersebut guru berkenaan dapat mendidik setiap orang anak didiknya menggunakan kaedah yang tepat dan sesuai.

Seorang guru belum boleh dikatakan telah mencapai tahap “grand master” (sifu menurut istilah orang cina) jika sekiranya masih memilih-milih jenis anak-anak didiknya. Nampak kehebatannya jika guru berkenaan diberikan kelas “ada otak”. Sebaliknya jika kelas itu “ada masalah” guru berkenaan pun seolah-olah “kehabisan otak”.

Berat? Sudah tentu berat, sebab itu menjadi guru memerlukan “ramuan kemanusiaan” yang betul dan baik supaya dapat diadun menjadi guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.

Apakah ramuan kemanusiaan itu? Bagaimanakah cara mengadunnya? Marilah sama-sama kita fikirkan.

[updated - 24.12.09]

David Hunt (1970 and 1971) captured this notion in his research on successful educators when he identified that the best of them were able to ‘read’ each student, group of students and learning situation and ‘match’ an appropriate course of action to this reading (diagnosis).

Hunt, D. (1970). A conceptual level matching model for coordinating learner characteristics with educational approaches. Interchange, 1(3), 67-82.

Hunt, D. (1971). Matching Models in Education: The Coordination of Teaching Methods with Student Characteristics. Toronto: OISE Press.

Categories: Teacher Tags:

Pelan Strategik Institut Pendidikan Guru (2010-2014)

December 16th, 2009 amin No comments

Pada 13 Disember 2009 bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya saya telah membentangkan Pelan Strategik IPG dalam Seminar Pendidikan Guru.

Pelan Strategik tersebut memberikan penekanan kepada orientasi pembangunan IPG sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti kerana IPG telah mula melatih dan pada tahun 2011 akan melahirkan graduan pertama melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Categories: Strategic Planning, Teacher Tags:

Apakah ertinya bersekolah?

August 5th, 2009 amin No comments

Minggu lalu saya mengalami tiga peristiwa yang berbeza tetapi membawa kepada suatu tema persoalan yang cukup berkait: apakah ertinya bersekolah?

IMG_2396

Pertama, saya berkesempatan menghadiri bengkel yang bertajuk Status of Education Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development in Southeast Asian Countries, di Commonwealth Avenue, Quezon City, Filipina, pada 30-31 Julai yang lalu. Selain membentang kertaskerja yang bertajuk Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development: Malaysia Country Report, saya dapat berinteraksi dengan peserta-perserta negara China, Vietnam, Myanmar, Timor-Leste, Brunei, Thailand, Filipina dan Thailand.

Kedua, dalam perjalanan balik ke Malaysia saya menonton filem Laskar Pelangi melalui komputer. Filem adaptasi novel karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Cerita kecekalan guru Ibu Muslimah dan Pak Harfan mendidik serta mempertahankan sekolah dan sepuluh orang anak-anak didik mereka yang serba miskin. Sinopsis cerita boleh dibaca daripada pautan berikut:Laskar Pelangi

WTPOSchool

Ketiga, sepanjang bersidang dan perjalanan pergi-balik saya berkesempatan membaca buku Profesor Guy Claxton bertajuk What’s The Point of School? Buku yang mengkritik kegagalan sistem persekolahan sekarang dan apa sepatutnya yang dilakukan untuk mendidik anak-anak generasi abad ke 21.

Saya ingin merumuskan ketiga-tiga pengalaman itu dengan satu petikan daripada pendidik Harvad, Ron Ritchhart yang juga dipetik oleh Profesor Guy Claxton:

“We’ve come to mistake curricula, textbooks, standards, objectives, and tests as ends in themselves, rather than as means to an end. Where are these standards and objectives taking us? What is the vision they pointing us? . . . Without ideals, we have nothing to aim for. Unlike standards, ideals can’t be tested. But they can do something that standards cannot: they can motivate, inspire and direct our work.”

Selamat Hari Guru 2009

May 16th, 2009 amin 6 comments

photo-1

Terima kasih Cikgu

– Post From My iPhone

Categories: Teacher Tags:

Taking Control of Your Professional Development

July 23rd, 2008 amin No comments

Pada 19 Julai 2008 yang lalu saya berkesempatan mengendalikan satu bengkel Pembangunan Profesional Guru Berasaskan Sekolah di SMK Bahang, Kota Kinabalu. Dalam bengkel itu saya memperkenalkan konsep Professional Learning Community sebagai asas pembangunan profesional guru di sekolah. Mesej saya menegaskan bahawa guru-gurulah sebenarnya master dalam menentukan profesionalisme keguruan mereka. Yes, you are the one taking control of your profesional development!

Categories: Professional Learning, Teacher Tags:

3 Types of Teachers

July 4th, 2008 amin No comments

I like this slideshare presentation. It is about teachers and technology.

[slideshare id=38515&doc=3-types-of-teachers-16167&w=425]

Categories: Teacher Tags:

Guru Profesional?

June 15th, 2008 amin No comments

Dalam literatur pembangunan profesional guru ada satu perspektif pendekatan yang dilabelkan sebagai Perspektif Profesionalisme. Fahaman ini berasaskan kepercayaan bahawa para pelajar wajar mendapat perkhidmatan daripada guru yang diberi autoriti untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab, dan bukannya guru yang terikat dengan tatacara amalan seragam yang mesti diikuti tetapi tidak dapat memenuhi keperluan para pelajarnya.

Asas teori dalam faham profesionalisme ialah polisi yang memastikan guru memperoleh keterampilan yang tinggi akan mengembangkan prospek guru untuk memberi fokus kepada pembelajaran pelajar dan mengurangkan keperluan prosedur standard yang mesti diikuti.

Secara umumnya perspektif profesionalisme melihat amalan profesion hendaklah berorientasikan pelanggan dan berasaskan pengetahuan. Oleh itu antara prinsip utama yang memandu amalan tersebut ialah;

Pengetahuan ialah asas pengamalan dan membuat keputusan untuk memenuhi keperluan unik setiap pelanggan.

Pengamal membuat pengakuan bahawa keutamaan dan kualiti perkhidmatannya ialah kebajikan pelanggan.

Profesion berkenaan menjunjung tanggungjawab kolektif dalam pentafsiran, pemindahan dan penguatkuasaan amalan dan etika profesional yang standard.

Pengamal profesion mempunyai autonomi profesional.

Berdasarkan fahaman ini, sejauh manakah guru itu boleh diiktiraf guru profesional?

Categories: Teacher Tags: