Berfikir itu apa?
Apabila kita mengeluh bahawa anak murid sekarang ini malas berfikir, apakah yang kita maksudkan sebenarnya? Apakah kerana anak murid kita “spoon feeding” ataupun kerana kualiti kerja mereka tidak menggambarkan kerja seorang yang berfikir?
Kurikukulum sekolah kita sebenarnya memberikan penekanan dan ruang yang cukup luas untuk memupuk daya fikir anak didik kita. Persoalannya kenapa kemahiran berfikir tidak menjadi ciri menonjol mereka.
Terlepas daripada perbincangan akademik yang pelbagai tentang berfikir, saya ingin berkongsi pengalaman sebagai guru dan trainer dalam pembelajaran orang dewasa tentang aktiviti berfikir .
Menurut pendapat saya berfikir itu sejenis perbuatan seperti makan, minum, berlari dan yang seumpamanya. Perbezaannya, berfikir itu ialah perbuatan yang tidak dapat dilihat. Justeru, di dalam Islam berfikir itu membawa nilai pahala yang cukup besar jika dilakukan dengan cara yang betul dan sesuai maudhuk yang difikir. Oleh kerana berfikir itu perbuatan maka sudah tentu ia suatu kompetensi yang boleh digilap dan ditingkatkan kualitinya.
Aktiviti berfikir itu sebenarnya berasaskan aktiviti aqal mencari jawapan kepada suatu persoalan (tidak semestinya permasalahan). Oleh sebab itulah kualiti berfikir itu bergantung kepada persoalan yang hendak dijawab dan kaedah berfikir untuk menjawab persoalan tersebut.
Implikasinya, seorang itu tidak dapat berfikir jika tidak dimulakan dengan suatu persoalan. Cuba bayangkan, bolehkah anda berfikir tanpa persoalan? Begitu juga dengan kaedah berfikir . Kaedah itu juga banyak. Daripada semudah menjawab persoalan bagaimana mengikat tali kasut sehinggalah kepada kemahiran berfikir saintifik dan persoalan tentang ketuhanan.
Suatu yang menjadi musykil kepada saya ialah;
- Apakah kita menggalakkan anak didik kita menimbulkan persoalan-persoalan dan mendorong mereka mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut?
- Bagaimankah caranya kita meningkatkan kualiti persoalan dan jawapan anak didik kita?
Kedua-dua persoalan itu penting kerana itulah aktiviti berfikir yang perlu dipupuk terhadap anak didik kita.
Accountability. The very mention of the word strikes fear in the hearts of many teachers and school leaders, leading to confusion and panic rather than improved student achievement. Author Douglas B. Reeves explains how to transform accountability from destructive and demoralizing accounting drills into a constructive decision-making process that improves teaching, learning, and leadership. Reeves encourages educators to become proactive in developing student-centered accountability systems. These systems capture the many aspects of teaching that test scores don’t reveal-they tell the stories behind the numbers. Reeves shows how educators can create accountability systems that enhance teacher motivation and lead to significant improvements in student achievement and equity, even in traditionally low-performing schools.
www.mybooks.com.my