New Book! Creating Effective Teaching and Learning Environments: First Results from TALIS.

. . . Check Resources page . . . to download

Pelan Strategik Institut Pendidikan Guru (2010-2014)

December 16th, 2009 amin No comments

Pada 13 Disember 2009 bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya saya telah membentangkan Pelan Strategik IPG dalam Seminar Pendidikan Guru.

Pelan Strategik tersebut memberikan penekanan kepada orientasi pembangunan IPG sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti kerana IPG telah mula melatih dan pada tahun 2011 akan melahirkan graduan pertama melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Categories: Strategic Planning, Teacher Tags:

Sixth Sense Technology

November 27th, 2009 amin No comments

Dear teachers, watch this video, you will be amazed how digital technology can change our everyday life. Please don’t miss the message. Actually, it is not the about technology. It is about human being trying to raise the quality of human well-being. Once again in human creativity, the sky is the limit!

Categories: Creativity, General Tags:

Top 100 Tools for Learning 2009

November 18th, 2009 amin No comments
Categories: General Tags:

Reflection on Teaching and Learning

November 1st, 2009 amin 3 comments

41043976.PNGSelepas selesai membaca buku The Back of The Napkin: Solving Problems and Selling Ideas with Pictures oleh Dan Roam, saya teruja untuk membuat refleksi perbandingan perkembangan yang berlaku antara bidang pendidikan dan non-pendidikan. (untuk maklumat lanjut sila lawat laman web buku berkenaan iaitu  http://www.thebackofthenapkin.com )

Pada suatu ketika dahulu bidang pendidikan pernah dirujuk sebagai sumber idea-idea baru dan inovasi dalam pengurusan dan kepemimpinan organisasi. Sekarang keadaan menjadi sebaliknya, organisasi pendidikan banyak merujuk organisasi lain, khasnya dalam bidang korporat. Oleh itu tidak hairanlah jika semangat mengurus dan memimpin organisasi pendidikan termasuk sekolah lebih cenderung ke arah pengurusan korporat.

Organisasi pendidikan mempunyai keunikan tersendiri dan adalah tidak wajar mengimport apa sahaja model pengurusan dan kepemimpinan luar secara total. Apatah lagi jika ‘bottom line‘ organisasi pendidikan disejajarkan dengan ‘bottom line‘ organisasi non-pendidikan.

Walau bagaimanapun, terpaksa diakui bahawa perubahan dalam bidang pendidikan amat perlahan dalam memenuhi keperluan dunia sekarang. Ambil sahaja contoh siaran radio. Pada suatu ketika dahulu juruhebah radio terlalu formal dan berbentuk sehala. Tetapi sekarang, persembahan juruhebah radio lebih santai, tidak seragam dan ada komunikasi antara pendengar dan juruhebah.

Bandingkan pula dengan kaedah pengajaran-pembelajaran di bilik darjah dahulu dan sekarang. Agak keterlaluan jika dikatakan tidak ada perubahan, tetapi secara keseluruhannya bolehlah digambarkan sebagai tidak jauh perbezaannya! Agak membosankan dan stereotaip. Inilah cabaran terbesar guru sejak dari dahulu sampai hari ini.

Categories: Book Review, Teaching & Learning Tags:

Think! Before It’s Too Late

October 14th, 2009 amin 1 comment

debono

Salah seorang penulis yang banyak mempengaruhi cara berfikir saya ialah Edward De Bono – The master of creative thinking. Agak lama juga saya tidak membaca buku beliau sehinggalah saya membeli dan membaca Think! Before It’s to Late.

Tema perbincangan beliau masih sama. Cuma saya dapat mengesan pendekatan beliau dalam buku ini lebih lembut apabila mengkritik pemikiran kritikal. Beliau menegaskan bahawa cara berfikir kritikal yang diwarisi daripada Socretas, Aristotle dan Plato sejak 2400 tahun lalu yang berasaskan lojik tidak mencukupi meskipun cara berfikir itu telah menyumbang kepada tamadun manusia dengan cemerlang. Cara berfikir baru diperlukan.

Berdasarkan prinsip self organizing mechanism otak manusia, beliau mencadangkan lateral thinking sebagai kaedah berfikir yang dapat mengisi kekurangan yang terdapat dalam logical thinking. Menurut beliau;

. . . analysis of information is not enough, because the information can be perceived through the old concepts. There is a real need for a formal and deliberate effort to create new ideas. New ideas do not just evolve over time. The new ideas need to be created.

Selain daripada buku Mechanism of Mind yang menghuraikan asas teori pemikiran lateral, kebanyakan buku-buku beliau bercorak action-oriented dengan mencadangkan alat-alat (tools) berfikir secara lateral. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan alat-alat berfikir seperti Six Hats ThinkingFlowscape dan Direct Attention Thinking Tools, memang meningkatkan produktiviti.

Beliau merumuskan dengan baik apabila membezakan kaedah berfikir logik seperti yang digambarkan dalam kata-kata ahli falsafah Peranchis, Rene Descartes; Cogito, ergo sumI think therefore I am, dengan kaedah berfikir lateral dengan kata-kata beliau; Ago, ergo erigoI act, therefore I construct. The emphasis is on action not just on contemplation.

Categories: Creativity, Thinking Tags:

Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan BPSH (2nd Draft)

October 13th, 2009 amin No comments

Perbincangan kedua STRAPP BPSH (2010 -2012), Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia telah di adakan pada 9-11 Oktober 2009 bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, telah menghasilkan deraf kedua STRAPP BPSH seperti yang tertera dalam slideshare di bawah ini.

Dijangkakan deraf terakhir dokumentasi STRAPP BPSH (2010-2012) akan disiapkan dalam perbincangan ketiga pada hujung bulan Oktober 2009 ini.

Edublogs

October 4th, 2009 amin No comments

Snapz Pro XScreenSnapz002

Categories: General Tags:

The Learning Gap & The Teaching Gap

October 1st, 2009 amin No comments

Sekitar tahun 1992 saya telah membaca sebuah buku bertajuk The Learning Gap: Why Our Schools Are Failing and What We Can Learn from Japanese and Chinese Education oleh Harold W. Stevenson dan James W. Stigler. Buku tersebut adalah hasil kajian perbandingan pencapaian matematik dan sains murid-murid sekolah rendah di China, Jepun dan Amerika. Hasil kajian mendapati prestasi murid-murid China dan Jepun jauh mengatasi murid-murid Amerika.

Salah satu rumusan yang menarik minat saya ialah peranan faktor budaya dalam mempengaruhi prestasi murid-murid berkenaan. Ibu bapa dan guru-guru Asia, Jepun dan China mempunyai kepercayaan atau andaian asas yang berbeza dengan rakan-rakan mereka di Amerika. Mereka percaya kejayaan anak-anak mereka bergantung kepada effort – usaha yang mereka curahkan. Sebaliknya di Amerika, mereka percaya kejayaan seseorang itu bergantung kepada ability – keupayaan yang mereka miliki.

Learning Gap1

Umpamanya, kepada ibu bapa dan guru-guru di China dan Jepun, apabila murid-murid itu memperolehi markah sekadar 60% dalam matematik, bukan kerana murid berkenaan tidak mempunyai keupayaan dalam matematik tetapi kerana usaha yang dicurahkannya tidak cukup untuk dia mencapai markah 90%. Implikasinya, banyakkan lagi latihan matematik!

Pada minggu lalu pula saya telah membaca buku yang bertajuk The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for Improving Education in the Classroom oleh James W. Stigler dan James Hiebert. Buku ini juga adalah hasil kajian perbandingan. Tetapi fokusnya kali ini ialah bagaimana guru-guru mengajar matematik di tiga buah negara yang pencapaian matematik pelajarnya berbeza (berdasarkan TIMSS – Third International Mathematics and Science Studies). Secara urutan, negara yang pencapaian matematiknya tinggi ialah Jepun, kedua Jerman dan ketiga Amerika.

1439143137_lBerdasarkan rakaman video guru-guru yang mengajar di ketiga-tiga buah negara tersebut. Penyelidik telah membuat beberapa rumusan menarik. Secara umum mereka menggambarkan perbezaan cara mengajar guru di negara berkenaan berdasarkan motto berikut:

1. A good motto for German teaching would be “developing advanced procedures”.

2. An appropriate motto for Japanese teaching would be “structured problem solving”.

3. In the United States, the motto is “learning terms and practicing procedures”.

Dan sekali lagi yang menarik perhatian saya ialah salah satu rumusan mereka yang menyatakan bahawa perbezaan imej pengajaran guru di tiga buah negara itu kerana “Teaching is a Cultural Activity”. Menurut mereka lagi,

Cultural activities, such as teaching, are not invented full-blown but rather evolve over long periods of time in ways that are consistent with the stable web of beliefs and assumptions that are part of the culture. The scripts for teaching in each country appear to rest on a relatively small and tacit set of core beliefs about the nature of the subject, about how students learn, and about the role that a teacher should play ini the classroom.

Seterusnya mereka menekankan,

Cultural activities are highly stable over time, and they are not easily changed. This is true for two reasons. First, cultural activities are systems, and systems – especially complex ones, such as teaching – can be very difficult to change. The second reason is that cultural activities are embedded in a wider culture, often in ways not readily apparent to members of the culture. If we want to improve teaching, both its systemic and its cultural aspects must be recognized and addressed.

Kalau begitulah implikasinya maka rumusan ini serba sedikit dapat menjawab kemuskilan dalam tulisan saya sebelum ini yang bertajuk Terlalu Gelap di Sana.

Categories: Book Review, Teaching & Learning Tags:

Timeout

September 22nd, 2009 amin No comments

Time for rest or recreation away from one’s usual work or studies

Categories: General Tags:

Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan BPSH

September 18th, 2009 amin No comments

Pada 11-13 September 2009  bertempat di Hotel Royale Bintang Seremban, telah berlangsung satu bengkel perancangan strategik yang dinamakan STRAPP BPSH (2010 -2012) iaitu Strategi Pembangunan dan Pelaksanaan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bengkel ini adalah yang pertama daripada beberapa siri bengkel yang dirancang, dihadiri oleh semua pengurusan atasan BPSH terdiri daripada Pengarah, Timbalan dan Ketua Sektor. Saya diberi amanah untuk memudahcarakan perbincangan dalam menghasilkan STRAPP BPSH.

16.9.09 053

Apa yang menarik dalam sesi penghasilan deraf awal STRAPP ialah konsep yang digunakan iaitu menghasilkan dokumen perancangan yang bercirikan Planning is Fun, Planning in Action, dan User-friendly . Dengan itu STRAPP BPSH dapat dijadikan sebagai Communication Tool, Measurement System dan Strategic Management System.

Secara sepintas lalu deraf awal  Strategy Map STRAPP BPSH di bawah dan sebahagian slaid yang saya gunakan (lihat My Slideshare Page) dapat memberikan gambaran tersebut.

Strategy Map PNG

Categories: General, Professional Learning Tags: