New Articles! Teacher as Professional Practitioner - Handout.
. . . Check Resources page . . . to download
New Articles! Teacher as Professional Practitioner - Handout.
I’m regularly asked: ‘what about the child who is completely “unmotivated”; who just doesn’t want to learn anything?’ My answer is that those children doesn’t exist. There are kids who don’t want to learn particular things, in particular settings, and there are those who don’t find it easy to learn some things in some setting; but the generally lazy child who doesn’t want to learn anything is a myth. What the questioner actually mean is: ‘They don’t want to learn what I want them to learn, when I want them to learn it, in the way I want them to learn it.’
- Guy Claxton (from What’s the Point of Schools?. p.90)
Creative Thinking: Your Edge – Insightory
Posted using ShareThis
Minggu lalu saya mengalami tiga peristiwa yang berbeza tetapi membawa kepada suatu tema persoalan yang cukup berkait: apakah ertinya bersekolah?

Pertama, saya berkesempatan menghadiri bengkel yang bertajuk Status of Education Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development in Southeast Asian Countries, di Commonwealth Avenue, Quezon City, Filipina, pada 30-31 Julai yang lalu. Selain membentang kertaskerja yang bertajuk Financing of Lifelong Learning Programs for Sustainable Development: Malaysia Country Report, saya dapat berinteraksi dengan peserta-perserta negara China, Vietnam, Myanmar, Timor-Leste, Brunei, Thailand, Filipina dan Thailand.
Kedua, dalam perjalanan balik ke Malaysia saya menonton filem Laskar Pelangi melalui komputer. Filem adaptasi novel karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Cerita kecekalan guru Ibu Muslimah dan Pak Harfan mendidik serta mempertahankan sekolah dan sepuluh orang anak-anak didik mereka yang serba miskin. Sinopsis cerita boleh dibaca daripada pautan berikut:Laskar Pelangi

Ketiga, sepanjang bersidang dan perjalanan pergi-balik saya berkesempatan membaca buku Profesor Guy Claxton bertajuk What’s The Point of School? Buku yang mengkritik kegagalan sistem persekolahan sekarang dan apa sepatutnya yang dilakukan untuk mendidik anak-anak generasi abad ke 21.
Saya ingin merumuskan ketiga-tiga pengalaman itu dengan satu petikan daripada pendidik Harvad, Ron Ritchhart yang juga dipetik oleh Profesor Guy Claxton:
“We’ve come to mistake curricula, textbooks, standards, objectives, and tests as ends in themselves, rather than as means to an end. Where are these standards and objectives taking us? What is the vision they pointing us? . . . Without ideals, we have nothing to aim for. Unlike standards, ideals can’t be tested. But they can do something that standards cannot: they can motivate, inspire and direct our work.”
Slideshare di bawah merupakan slaid-slaid yang saya gunakan ketika membentangkan kertaskerja Kepimpinan Kreatif; Kreativiti dalam Membuat Keputusan kepada Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah dari seluruh Malaysia dalam Persidangan Badan Perhubungan Kebangsaan Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, pada 14 Julai 2009, di Klana Resort, Seremban Negeri Sembilan.

Source: http://www.presentationzen.com/
Pada tahun 2007-2008 saya telah mengetuai sepasukan penyelidik Institut Aminuddin Baki untuk mengenal pasti kompetensi berimpak tinggi bagi pemimpin sekolah di Malaysia iaitu pengetua dan guru besar. Kajian tersebut telah didokumentasikan menjadi monograf yang bertajuk Monograf Kompetensi Berimpak Tinggi Pemimpin Sekolah di Malaysia.
Kajian ini boleh dikatakan sebagai satu “landmark study” tentang kompetensi pemimpin sekolah di Malaysia kerana setakat pengetahuan kami tidak pernah kajian sedemikian dilakukan.
Kajian tersebut telah mengenal pasti 26 kompetensi pemimpin sekolah yang dikelompokkan dalam enam domain. Daripada 26 kompetensi tersebut didapati sekurang-kurang sepuluh kompetensi adalah berimpak tinggi yang bermaksud kompetensi itu amat diperlukan oleh pemimpin sekolah dalam pembangunan profesional mereka. Antara kompetensi berimpak tinggi tersebut ialah “Penyelesaian Masalah”, “Membuat Keputusan”, “Mengurus Perubahan” dan “Pengurusan ICT”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kajian berkenaan, Monograf tersebut boleh dimuaturun daripada pautan berikut: http://ifile.it/9c2yosz.
[slideshare id=1521538&doc=storytelling-090602083000-phpapp01]
71 years ago, the great American philosopher John Dewey wrote in his book Education and Experience (1938; p.26):
How many students, for example, were rendered callous to ideas, and how many lost the impetus to learn because of the way which learning was experienced by them? How many of them acquired special skills be means of automated drill so that their power of judgement and capacity to act intelligently in new situations was limited? How many came to associate the learning process with ennui and boredom? How many found what they did learn so foreign to the situations of life outside school as to give them no power of control over the latter? How many came to associate books with dull drudgery, so that they were ‘conditioned’ to all but flashy reading material?

Terima kasih Cikgu
– Post From My iPhone
Jika saya diminta mencadangkan buku yang wajib dibaca oleh seorang guru pada tahun 2009, maka tanpa ragu-ragu saya mencadangkan salah satunya ialah Why Don’t Students Like School tulisan Daniel T. Willingham. Sebagai seorang ahli sains kognitif, Willingham menjelaskan prinsip-prinsip asas bagaimana minda bekerja dan implikasinya terhadap bilik darjah.
Selepas membaca buku ini, beberapa perkara yang selama ini menjadi tanda tanya dalam pemikiran saya, telah dapat mendapat jawapan permulaan yang baik. Umpamanya, kenapa sukar memahami perkara yang abstrak dan sesudah memahaminya kenapa sukar pula untuk mengaplikasinya kepada situasi yang baru.
Dalam buku ini Willingham menghuraikan sembilan prinsip yang menjadi asas operasi minda. Prinsip-prinsip itu ialah:
Rakan-rakan guru sekalian, sekali lagi saya mencadang, bacalah buku ini. Anda pasti mendapat manfaat dalam meningkatkan profesionalisme keguruan anda!
Untuk maklumat lanjut tentang buku ini anda boleh melawat laman web pengarang di http://www.danielwillingham.com/.